
Bosan gila hari ni.. Dari semalam aku merancang nak keluar, tapi tak keluar-keluar sampai tadi.. Mulanya, ingat nak pergi Alamanda, Putrajaya.. Teringin nak mencecahkan kaki ke sana, tapi jauh sangat lah.. Malas nak bawak motor jauh-jauh ni.. Jadi, ambil keputusan untuk pergi tempat yang dekat-dekat je.. Dan the final decision KLCC lah tempat yang aku pilih.. Ajak Wassim, dia nak, tapi dia ada kenduri lah pulak.. Akhir sekali, Alif Omar jugak yang ikut aku jalan kat KLCC hari ini.. Thanx my friend for spending time with me.. Haha.. (Macam power je English aku, periksa tak pernah dapat A pulak..) So, apa yang aku buat sepanjang harini dirakamkan melalui gambar-gambar di bawah : (more…)

Macam lama gila dah aku tak menziarahi pasar malam dekat Taman Tun Teja, Rawang ni.. Padehal baru sebulan terperap kat asrama.. Hehe.. Apa yang bestnya pasar malam ni? Pasar malam merupakan satu tempat yang paling senang untuk aku bertemu dengan kawan-kawan lama.. Setiap kali aku pergi pasar malam je, mesti ada jumpa kawan lama.. Memang tak sah lah kalau tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah dulu.. Hahak, tu yang menjadikan pasar malam bermakna bagi aku.. Lagi 1, makanan kat pasar malam ni pelbagai choices dan harga murah.. Aku nak makan KFC? Ayam-ayam dekat pasar malam lagi sedap.. Nak makan pizza hut? Pizza dekat pasar malam lagi murah dan sedap.. Cakap je nak makan apa, semua ada.. Ahaks.. (more…)
Posted on 17 July '10 by pr0fess0r sAbrI, under Places. No Comments.

Tengah layan-layan internet tadi, tetiba rasa bosan pulak.. dan azam yang aku tanam sejak akhir cuti pertengahan tahun haritu tak terlaksana lah pulak.. Hehe, akhirnya, tangan aku menggatal terus bukak Facebook tanpa disedari.. Ahaks, tambah pulak Kaspersky 2011 yang baru ni tak block laman web macam yang aku buat di Kaspersky 2010 dulu.. Hahah.. Dah memang rezeki aku untuk bukak Facebook hari ni.. So, sambung balik cerita.. Aku pun bacalah Wall Post kawan2 seperti amalan kebiasaan aku sebelum-sebelum ni, tetiba ada orang tulis ‘ARGGH, DAPAT PLKN..’.. Eh, dah keluar result untuk PLKN? Wah, berdebar-debar ni.. So, buat sesiapa yang nak tahu status PLKN-nya, bolehlah buat demikian di laman web http://www.khidmatnegara.gov.my/ (buat makluman bahawa server PLKN maybe busy sebab ramai yang cek status masing-masing hari ni, so diharap dapat bersabar.. korang juga ada lagi 1 pilihan lain, iaitu melalui SMS :
menaip PLKN SEMAK Nombor Kad Pengenalan dan dihantar ke 15888 (more…)
Posted on 15 July '10 by pr0fess0r sAbrI, under School. 35 Comments.

Salamua’laik, kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kash kpd saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas. Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kpd IbnuYaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan drpd mereka adalah anti-Tuhan. (more…)
Posted on 14 July '10 by pr0fess0r sAbrI, under Isu Semasa. 1 Comment.

Erm, lama dah tak menulis blog kot.. Memang sibuk 3 minggu pertama persekolahan selepas cuti mid-year ni.. Mula sekolah je terus ada, program Sifar Rasib Sijil Khas Kolej (SKK), latihan sukan, sukantara, hari sukan sekolah, Halawatun Nasyid Aspiration Night (HANNAN), mukhayyam arabi, dan sekarang ni menghadapi ujian getir, Sijil Khas Kolej.. (seperti dalam gambar).. Malam nak periksa pun sempat tengok bola lagi.. Haha, tahniah Spain kerana berjaya menang Piala Dunia Fifa buat kali ni.. (Tengok astro b-yond ramai-ramai guna skrin besar memang best..
) Aku harap the next world cup akan dimenangi oleh German pulaklah.. Hehe.. Sempatlah tidur beberapa jam sebelum start nya peperiksaan SKK pagi tadi..
(more…)
