Aku dan ‘New KISAS Order’
Hari ni 10 Februari 2010, aku masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian berprestasi tinggi, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Kelang dan sebelum itu Kolej Islam Malaya (1955).. Wow, dah lama kolej islam ni ya.. Aku adalah pelajar batch-55, dan ini adalah tahun terakhir aku berada di sini insya’Allah.. Jadi, ada apa dengan 10 Februari 2010? Adakah itu tarikh keramat aku? Tarikh keramat Kolej Islam? ataupun tarikh hari jadi aku / sesiapa yang spesial? Heh, tak lah.. semua tu mengarut sahaja..
Hari ini 10/2, maka genaplah setahun aku berada di KISAS, setelah mendaftar sebagai pelajar di sini 10/2/2009 yang lalu.. Ahha, ia menyedarkan aku bahawa, tak lama dah aku akan menghadapi SPM (Soalan Paling Mudah), dan tak lama juga untuk aku bergelar sebagai seorang pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).. Hehe..
Apa kaitannya KISAS dengan tajuk di atas? Kalau kau tahu mengenai ‘New World Order‘ yang cuba diwujudkan oleh golongan Freemason, sudah pasti kau dah sinonim dengan frasa tersebut.. Tapi kalau tak tahu, kau ni memang memalukan.. Takpe2.. Jenguklah kat sini dulu.. Kang aku cerita lebih-lebih tak faham pulak.. Ringkasnya, New World Order adalah satu projek besar angkara freemason dalam penjenamaan semula dunia dengan ideologi-ideologi ciptaan mereka.. golongan tersebut cuba menyerapkan budaya-budaya mereka ke dalam pemikiran kita tanpa kita sedari..
Aku ulang sekali lagi soalan tadi.. Apa kaitannya dengan KISAS pulak eh? Heh, aku telah merasakan bahawa KISAS bakal menghadapi satu perubahan besar dalam mewujudkan sekolah yang benar-benar berprestasi tinggi dari segala sudut dalam melahirkan pelajar-pelajar Islam professional bertaraf dunia.. Mungkin ini adalah order baru untuk pelajar-pelajar KISAS yang selama ini hanya bergantung kepada pentarbiyahan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dalam membina sahsiah..
FAKTA KISAS SEBELUM SBT :
- Warden tidak pernah memantau keadaan pelajar-pelajar di asrama melainkan waktu-waktu tergempar.
- Peraturan di KISAS tak seketat di sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain.
- Pelajar bebas melakukan apa sahaja yang tak bertentangan dengan syarak.
- BADAR menggerakkan pentarbiyahan tanpa guru pemantau.
- dan macam-macam lagi fakta yang kau pernah dengar mungkin,
- boleh tambah di ruangan komen ya…
![]()
KISAS SELEPAS SBT :
- Peraturan di KISAS lebih ketat berbanding SBP lain untuk merealisasikan anugerah prestasi tinggi yang diterima.
- Warden datang setiap hari memantau di asrama.
- Setiap minggu (mungkin hampir 3 kali seminggu) akan diadakan taklimat disiplin.
- Roll call hampir setiap hari.
- Perlakuan pelajar mestilah selaras dengan peraturan yang ditambah dari hari ke hari.
- Program BADAR dipantau sepenuhnya oleh pentadbir KISAS.
- Markah peperiksaan mesti atas daripada 70 (A lah maknanya kan?)
- Pelajar yang gagal akan dibuang sekolah?
- dan banyak lagi yang akan ditambah dari masa ke semasa..
Hurm, cukuplah sekadar ini untuk hari ini.. Kalau ada penambahan, aku akan tambah okei..
psstt : Jumaat ini aku balik ke kampung untuk cuti raya cina.. bolehlah sambung latihan memandu.. lepas ni dapatlah P.. hehe

16 Comments to “Aku dan ‘New KISAS Order’”