Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog Sabri...

Blog Sepanjang Tahun 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (jawab, jangan tak jawab, tak jawab dosa..).. Ini mungkin entri terakhir untuk blog aku pada tahun 2009.. Mungkin je.. Tak tahulah kalau tiba-tiba aku ada sesuatu untuk dikongsi bersama.. Hehe.. So, hari ini 27 Disember 2009.. Lepas ni takkan ada update sehinggalah aku tamat SPM.. Ahaks, kebelakangan ni, entri aku semuanya berkaitan dengan pelajaran kan? Semoga ia lebih menyedarkan aku untuk bersedia demi menempuhi saat getir memegang pena menjawab soalan-soalan ‘mudah’ itu.. Hehe..

Apa yang berlaku sepanjang 2009? Ehem.. Bermula dengan 30 Disember 2008, aku telah menerima segulung ijazah.. Ceyh, takdelah.. Aku menerima keputusan PMR aku dengan redhanya tanpa sebarang komplain dan aku yakin keputusan yang aku terima itu bakal mengubah hidup aku yang seterusnya.. Ahaks, alhamdulillah, tanggal 21 Januari membuatkan aku lebih rasa bersyukur..

21 Januari, tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, aku terima dengan rela hati tanpa ada walau secebis keraguan, kerana KISAS sememangnya sekolah yang aku impikan sejak Tingkatan 1 lagi.. Aku sedar, 3 tahun berada di SMKA Kuala Selangor amat bermakna buatku sebagai batu loncatan untuk aku pecahkan lagi segala ruyung yang ada dalam mencapai kejayaan demi memartabatkan agama dan bangsa.. (Poyo pulak ayat ni.. Hehe)

Aku terus cari dan mencari peluang untuk terus aku meng-update blog aku ini walaupun berada di sekolah.. Akhirnya, aku dipilih sebagai Ahli Multimedia Unit (MMU) KISAS dan sememangnya lebih memudahkan aku online untuk meng-update blog.. Namun, cita-cita itu sekali lagi terpadam dek internet yang terputus di bilik MMU.. Aku seterusnya mencari ilham dan ilham, bagaimana untuk online..

Akhirnya, ibu dan ayahku bersetuju untuk menghadiahkan sebuah laptop Acer sebagai hadiah PMR aku.. Hehe, aku pun apa lagi.. Kembang hidung sepuluh inci ke hadapan.. Hahah.. Dengan bangganya, aku membawa laptop ke sekolah dan dengan senang-lenang dapat online curi2 menggunakan Wireless yang ada di sekolah.. Wireless tu sampai ke kamar aku.. So, dapatlah aku online tengah2 malam sementara kawan-kawan lain tidur.. Hehe..

Sekali lagi, internet sekolah pula membuat aku kecewa tak terhingga, aku tak tahu kenapa, aku tak dapat nak connect ke internet sekolah lagi.. Setelah itu, aku yang excited dengan iklan ‘Potong’ terus mendaftar pula dengan P1 WiMAX.. Haha, of course lah suka beb.. Broadband terpantas di Malaysia buat masa ini kot.. Konfirm tak rugi kalau pakai P1 WiMAX.. Hehe.. (Apa-apa pun, aku dah tiga bulan tak bayar bill aku nih.. Argh, siapa yang nak bayarkan?? Tak mahal.. RM300 aje.. :D )

Apa-apa pun aku dapat online dan terus update blog.. 16 Oktober aku telah membuat blog baru V2.. Tapi entri-entri lama tetap dalam arkib blog v1.. Entah macam mana, bila aku pindah ke server SepakuHosting, aku telah terlupa untuk pindahkan V1 sekali.. Alamatnya, hilanglah arkib blog aku yang lama-lama dengan entri popular seperti “Aku bercinta?? Baca Dulu Ambil Iktibar..” Huhuh.. Tapi nak buat macam mana kan? So, akhir sekali inilah blog aku pada penghujung Disember 2009.. Ahaks..

Ehem2, inilah statistik blog aku sepanjang tahun 2009.. Hehe.. Tengok balik macam binaan plot dalam novel pulak.. Plot permulaan, slow je cerita dia.. Pastu perkembangan naiklah sikit.. Tiba2, klimaks kat bulan Ogos tuh.. Last sekali peleraian, yang takdelah turun banyak sangat.. Hahah.. So, cerita apa bulan lapan tu yang membuatkan blog aku ni jadik famous masa tu? Hahah.. Aku pun taktau.. Sebab blog tu dah takde dalam simpanan.. Hehe.. Apa-apa pun, terima kasih buat korang yang senantiasa beri sokongan kepada blog aku yang tak seberapa ni.. :D Ni yang buat aku sayang sangat kat korang.. Hahah, lepas SPM bolehlah aku buat banyak-banyak contest kat blog ni sebagai tanda penghargaan kat pembaca blog aku ni.. ;)

Related Posts with Thumbnails

Posted on 26 December '09 by pr0fess0r sAbrI, under Blog.



10 Comments to “Blog Sepanjang Tahun 2009”

27.12.09 at 10:55
Posted by garasi clan

xbosan ke kalau asik berblog je…
nak gak cari pengalaman…
lagi pun impian aku nak jadi antara org terkaya dan berjaya nie…
emm ok good luck bro tok spm…
kalau sej ko xpayah baca kerajaan turki pun xpe
coz xkan keluar…

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

ha, yeke? takyah baca part tu? part tu aku dah hafal r.. hahaaha.. sebab aku minat sultan al-fatih tuh.. :D
hurm, aku tak bosan pun berblog, sebab selalunya dapat ilmu baru sewaktu menulis.. heheh

[Reply]

muhammad fakhruddin Reply:

bosan x bosan bergantung pd orang.

Ada orang minat menulis diari,dan minat tu tumpah pd menulis blog sendiri.

x payah baca kerajaan turki?Kalau nak kejar A boleh begitu, kalau nak kejar ilmu x patut mcm tu…

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

hakhak, lagipun, sejarah besar tuh dalam kerajaan turki tuh..

[Reply]

28.12.09 at 17:30
Posted by Mr Fathi

huk huk nampaknya best gak berblog pakai wordpress…lepas ni aku nak wat gak la…pakej apa ko pakai kat Sepaku Hosting tu?

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

aku nyer pakej 3gb.. hehe, tapi buat blog sebenanye x sampai 200mb pun.. aku just simpan website2 customer skali

[Reply]

Mr Fathi Reply:

ingatkan BESAR la webspace ko…hehe…

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

hahah.. dulu besar la.. tapi aku x guna banyak.. so, aku kurangkan la.. :D

[Reply]

28.12.09 at 18:14
Posted by titan

so..ko online kat sekolah pakai wimax la nih??

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

a’ah.. hahah.. tpi wimax aku kene suspend.. da 3 bulan xbayar.. hehe.. nk sponsor? :P

[Reply]








  • Jom Sembang

  • Kategori Entri

  • Kemaskini Terbaru

  • Komen Terkini

  • Top Komentar

    • No commentators.

  • Hubungi Sabri

    EMEL
    sabri0308@gmail.com

    YM
    eri_encams@yahoo.com.my

    MySpace / Friendster
    prof.sabri@blogz.my

    Facebook
    eri_encams@artzz.net

    MillatFacebook
    sabri0308@gmail.com