Written by pr0fess0r sAbrI
Saturday, December 26th, 2009
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (jawab, jangan tak jawab, tak jawab dosa..).. Ini mungkin entri terakhir untuk blog aku pada tahun 2009.. Mungkin je.. Tak tahulah kalau tiba-tiba aku ada sesuatu untuk dikongsi bersama.. Hehe.. So, hari ini 27 Disember 2009.. Lepas ni takkan ada update sehinggalah aku tamat SPM.. Ahaks, kebelakangan ni, entri aku semuanya berkaitan dengan pelajaran kan? Semoga ia lebih menyedarkan aku untuk bersedia demi menempuhi saat getir memegang pena menjawab soalan-soalan ‘mudah’ itu.. Hehe..
Apa yang berlaku sepanjang 2009? Ehem.. Bermula dengan 30 Disember 2008, aku telah menerima segulung ijazah.. Ceyh, takdelah.. Aku menerima keputusan PMR aku dengan redhanya tanpa sebarang komplain dan aku yakin keputusan yang aku terima itu bakal mengubah hidup aku yang seterusnya.. Ahaks, alhamdulillah, tanggal 21 Januari membuatkan aku lebih rasa bersyukur.. (more…)


