Friday Mar 12

Archive for the ‘Daily Craps’ Category

Feb
24/10
[Luahan Perasaan ] – Tanggungjawab Melebihi Waktu
Last Updated on Wednesday, 24 February 2010 06:29
Written by pr0fess0r sAbrI
Wednesday, February 24th, 2010

Rasanya tak lama aku tinggalkan blog ni, masih belum sempat bersawang lagi, aku sempat bersihkan dahulu.. Cewah, ayat gramatis habis.. Haha.. Inilah kehidupan sebagai seorang manusia.. Tanggungjawab yang diberikan kepadanya sentiasa lebih banyak daripada waktu yang ada.. Dari bangun pagi, sampai tidur balik, dan dalam tidur pun asyik memikirkan tanggungjawab / tugas sahaja.. Ada masa free? Waktu solat adalah waktu paling tenang dalam hidup aku kot.. :D

Hurm, sudah menjadi kewajipan kepada seorang pelajar asrama seperti aku untuk menurut sepenuhnya semua peraturan yang ditetapkan dan program-program yang disediakan oleh pihak asrama.. Aku dapat merasakan selepas pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi, seolah-olah aku kami ni sememangnya pelajar minda kelas pertama yang mampu menguruskan berlambak tugasan dalam satu masa.. Tapi aku tak faham tujuannya dibuat macam tu, sehinggakan aku tak pernah boleh fokus untuk belajar.. Ada sahaja benda yang perlu difikirkan.. (more…)

Feb
16/10
Bajet Power
Last Updated on Tuesday, 16 February 2010 11:38
Written by pr0fess0r sAbrI
Tuesday, February 16th, 2010

Mungkin ramai yang tak biasa dan tak pernah dengar istilah “Bajet Power” yang kini menjadi satu istilah kebiasaan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.. Batch aku lah kot.. So biar aku terangkan dululah mengenai istilah bajet power ni.. Bajet menurut kamus dewan = belanjawan / mengawal atau menganggar sesuatu dengan hati-hati.. Power takkan tak tau kot.. So, dari segi istilahnya, bajet power bermaksud mereka yang nak showoff bahawa mereka hebat sedangkan mereka tak hebat pun..

Aku bukanlah nak kata aku ni jealous dengan kau ataupun bahasa melayunya cemburu.. Aku tak pernah rasa cemburu dekat orang lain sebab aku tahu bahawa “I have my own power“.. So, aku tak pernah risau jika melihat kau lebih power daripada aku.. Cuma kekadang aku menyampah bila tengok orang yang bajet power ni.. Aku tahu kau memang perlukan populariti.. Susah nak hidup kalau takde populariti ni.. Tapi kau perlu tahu, susah juga hidup dengan populariti yang tinggi.. Bukan susah diri sendiri sahaja, orang lain pun turut susah.. (more…)

Feb
13/10
Relaks sudah…
Last Updated on Saturday, 13 February 2010 05:14
Written by pr0fess0r sAbrI
Saturday, February 13th, 2010

Erm, itulah tema rumah sukan aku tahun ni, rumah Thariq.. “Relaks sudah..” hehe.. Akhirnya, dapat gak aku relaks setelah dua minggu sibuk menguruskan pelbagai benda dalam 1 masa.. Dengan acara merentas desa (aku no 73.. haha), Minggu Jalinan Kasih (orientasi form 4), dan macam-macam lagi sambil study balik subjek2 yang aku tertinggal di kala escape kelas.. Hurm, semua tu dah berakhir.. Cuti raya cina pun dah bermula.. Walaupun aku taklah beraya, tetapi aku bersyukur kerana cuti dapat melepaskan segala tekanan dalam diri.. Hehe..

Jadi, semalam aku baru bertolak balik dari KISAS, setelah diumumkan rumah sukan aku (Thariq) yang agak menghampakan dalam acara merentas desa.. Aku balik petang tu.. Tak sempat nak relaks-relaks / tidur (penat merentas desa ni), dah kena bawa tiga beg berat jalan kaki sampai KTM Klang.. Hahah, penat gila beb.. Masuk je dalam tren, berbual-bual, sempat jugaklah aku melelapkan mata untuk beberapa minit.. Tu pun tinggal lagi satu stesen nak sampai, baru aku tidur..

3.00 petang – Balik kali ni, aku tak keseorangan, tapi ditemani oleh seorang “kawan” (kenapa ada “” tu? aku pun tak tau.. hahah) yang tinggal di Kedah.. Tiken tren dia Sabtu 3.00 Petang.. Aku pun sebagai seorang PRS dengan penuh simpati, aku mengajaknya bermalam sehari kat rumah aku.. Tapi kitorang tak balik terus.. Aku, Luqman dan Fahmi terus singgah di Mid Valley dengan harapan untuk menonton wayang.. Sampai je kat sana, kami letak beg masing-masing di surau.. (Fuh, lega.. takyah keluar duit untuk simpan di locker.. haha) (more…)

Jan
06/10
Minggu Pertama Persekolahan
Last Updated on Thursday, 7 January 2010 02:54
Written by pr0fess0r sAbrI
Wednesday, January 6th, 2010

Mungkin agak terlambat untuk aku menceritakan kisah minggu pertama persekolahan aku, sebab inilah kali ketiga aku dapat online pada minggu ini, 2 kali online 5 minit je, kali ni dapatlah jugak aku menulis sedikit.. Tak seperti sebelum tahun ni, dimana aku dapat online setiap hari dan setiap jam.. Hehe, almaklum, waktu tu waktu yang aku dah habis periksalah, boleh online selalu.. :D (Ala, kalau tak periksa pun, tiap2 hari jugak aku online, hehe)

Apa-apa pun, minggu pertama persekolahan memang best untuk mereka yang baru melangkah ke alam sekolah menengah.. Tak lupa juga kepada adik-adik yang baru masuk darjah 1, tentunya banyak pengalaman baru yang kau dapat semasa minggu pertama persekolahan kan? Mak tinggalkan kita di sekolah dengan muka-muka baru yang kita tak pernah tengok sebelum ni, lepas tu, apa lagi.. Nangis, bagitahu cikgu nak balik, nak balik.. Hehe.. Tapi aku tak pernah pulak macam tu kot.. Hahah.. (more…)

Dec
31/09
Sambut Tahun Baru Dengan Gerhana Bulan
Last Updated on Thursday, 31 December 2009 10:29
Written by pr0fess0r sAbrI
Thursday, December 31st, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. 2009 bakal melabuhkan tirainya, dan 2010 akan menjelma beberapa jam sahaja lagi.. Dan ini bukan satu impian lagi, tapi satu kenyataan bahawa ini adalah entri terakhir buat tahun 2009.. Hehe.. Percaya atau tidak? Percayalah sebab aku berazam untuk tidak meletakkan entri baru sehinggalah menjelma tahun 2010.. Erk, tengah tulis-tulis ni, tiba-tiba terbuka TV3 pulak dah, Dato’ Najib kesayanganku sedang menyampaikan ucapan tahun baru lah.. Kacak pula Dato’ Seri aku tengok malam ni.. Hehe

So, bersyukurlah kehadrat Allah sebab kita masih lagi dikurniakan umur dan nyawa untuk terus kita beribadah.. Allah juga masih memberi masa untuk kita bertaubat seadanya.. Takkan nak tunggu saat hampir mati baru nak bertaubat? Haritu aku ada mesej2 dengan seseorang, dia cakap nanti dah kahwin dia tutuplah aurat.. Heh, sempat ke kau nak kahwin.. Kalau betullah kata seorang bishop ni, alamatnya aku pun tak sempat nak kahwin la.. Isk, ni yang nak kahwin awal ni.. :P (more…)

Related Posts with Thumbnails

 

Jom Sembang

Hubungi Sabri

EMEL
sabri0308@gmail.com

YM
prof.sabri@yahoo.com

MySpace / Friendster
prof.sabri@blogz.my

Facebook
eri_encams@artzz.net