Friday Mar 12

Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Jan
11/10
Anugerah Juara Lagu 2010
Last Updated on Monday, 11 January 2010 10:48
Written by pr0fess0r sAbrI
Monday, January 11th, 2010

Sebelum aku citer pasal AJL, aku cerita dulu pasal isu hangat sekarang ni.. Nampaknya, aku sorang je kot yang lambat bagi pandangan mengenai isu semasa ni.. Tapi tak mengapa, aku cuba jugak sampaikan pandangan aku, mungkin setelah baca pandangan-pandangan dari korang.. Ada kaitannya, antara penggunaan kalimah Allah, bakar gereja di sebuah negara yang bersistemkan sekular.. Tak tahu apa itu sekular? Jenguk kat sini.. Wikipedia satu-satu tempat rujukan untuk kebanyakan perkara.. ;)

Sekularisme yang diselitkan dalam politik Tanah Melayu sejak kedatangan British dulu jelas membawa banyak keburukan.. Yela, bayangkan kalau Malaysia adalah sememangnya negara yang betul-betul Islam, dan mengamalkan hukum-hukum dan prinsip-prinsip dalam Islam, nescaya aku yakin bahawa perkara-perkara kecil seperti penggunaan nama Allah tidaklah menjadi satu isu besar, sebab ianya memang digunakan oleh orang Yahudi ketika pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W dahulu, tiada masalah pun? (more…)

Dec
30/09
Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010
Last Updated on Wednesday, 30 December 2009 01:08
Written by pr0fess0r sAbrI
Wednesday, December 30th, 2009

Baru aku teringat yang Piala Dunia FIFA akan berlangsung pada tahun depan.. Tahun depan, piala tersebut akan berlangsung di Afrika Selatan.. Hurm, boleh jugak aku singgah-singgah sana.. Hehe.. Iyelah tu.. Kejap, Afrika Selatan bukan tempat orang miskin-miskin ke? Macam mana pula diorang boleh jadi tuan rumah ya?

Hurm, apa-apa pun FIFA bukan berlangsung pada awal 2010, tapi bermula Jun 2010.. Arh, nampaknya tak berpeluanglah aku nak tengok ni.. Yela, SPM pun makin dekat kan.. Kalau FIFA 2006 dulu, memang tiap2 match aku tak lepas, kalau di rumah la.. Kalau ada kat hostel, macam mana nak tengok kan? Hehe.. Apa pun, mereka ni sungguh tak berhati perut sebab tak tunggu aku habis SPM.. hahah.. (more…)

Dec
30/09
Kesian Dengan Blogger Politik
Last Updated on Wednesday, 30 December 2009 02:02
Written by pr0fess0r sAbrI
Wednesday, December 30th, 2009

Memang tak dinafikan, sememangnya politik memang perlu dikuasai oleh setiap insan.. Kerana politik itu adalah pengurusan.. So, setiap orang perlu bijak dalam berpolitik supaya dapat hidup dengan lebih tenang, aman, damai dan selesa.. Entri kali ini, aku tiada niat untuk mengutuk mana-mana pihak sebab sememangnya mengutuk itu memang dilaknat.. Cuma nak sampaikan pengajaran kepada diri sendiri dan kita semua, insya’Allah..

Dunia blogger pun sekarang dah makin maju dengan bertambahnya blog peribadi, blog komersial, blog politik, dan lain-lain lah.. Maknanya komuniti blogger di Malaysia sudah semakin bertambah bukan.. Alhamdulillah, tapi aku agak kesal dengan segelintir blogger yang suka mengeluarkan artikel tanpa fakta dan bukti-bukti yang membolehkan dia mengaku, “Aku adalah benar dalam menyampaikan berita”.. (more…)

Dec
29/09
Hadiah Buat Najib
Last Updated on Tuesday, 29 December 2009 12:31
Written by pr0fess0r sAbrI
Tuesday, December 29th, 2009

Prof. Yusuf al-Qaradhawi telah dijemput datang ke Malaysia bagi menerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah.. Mungkin agak pelik untuk seorang Wahabi dijemput datang ke Malaysia bukan? Bukan apa, Dr. Asri yang datang dari Perlis ke Selangor pun ditangkap, apatah lagi seorang Wahabi besar dijemput pula untuk menerima anugerah? Ada udang disebalik batu ni.. Hehe, apa pun, kalau korang tak kenal siapakah Yusuf al-Qaradhawi, beliau merupakan Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah dan Presiden Ilmuwan Islam Antarabangsa.. Siapa pula Dr. Asri, Dr Asri merupakan bekas Mufti Perlis BERTAULIAH.. Mana mungkin seorang mufti tiada tauliah kan?

Yusuf al-Qaradhawi suatu ketika dahulu pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan menjejakkan kaki ke negara Malaysia sehinggalah Anwar Ibrahim keluar penjara.. Tak kenal Anwar Ibrahim? Meh sini aku hentak kepala kau.. Hahah.. Sekarang dah berapa tahun Anwar keluar penjara, Alhamdulillah, Najib sendiri yang menjemput beliau.. Mungkin Najib hendak mengambil perhatian beliau.. Namun, lain pulak yang terjadi.. (more…)

Dec
28/09
Tangkapan Awal & Scha
Last Updated on Monday, 28 December 2009 09:28
Written by pr0fess0r sAbrI
Monday, December 28th, 2009

Erk, sekali lagi aku gagal kerana tidak menunaikan apa yang aku katakan sebelum ni.. Hehe.. Walau apa pun, masih ada 4 post di dalam draft… Takkan nak biarkan begitu sahaja kan? So, apa kata aku terus publish kan cerita-cerita ni sebelum nasi menjadi bubur (Sesuai ke peribahasa ni).. Maksud aku, sebelum berita ni terkubur je la.. Heh..

Tapi korang rasa kenapa aku tulis pasal artis pulak ya hari ni? Artis yang agak tak bermaruah pulak tu.. Huh.. Aku memang tak pernah menulis mengenai artis kecuali dalam entri Pemakaian: Paksaan, Populariti atau Akuran.. Tapi tiba-tiba semalam adik aku balik masjid, dengan penuh excited bercerita kat aku.. “Sabri, Dania dalam cerita Awan Dania kene tangkap polis”.. Erk, pelik bukan? Aku pun tak pernah dengar adik aku bercerita tentang artis kat aku.. Hahah.. Apa lah pulak masalah budak ni? (more…)

Related Posts with Thumbnails

 

Jom Sembang

Hubungi Sabri

EMEL
sabri0308@gmail.com

YM
prof.sabri@yahoo.com

MySpace / Friendster
prof.sabri@blogz.my

Facebook
eri_encams@artzz.net