Friday Mar 12

Archive for the ‘School’ Category

Feb
09/10
Aku dan ‘New KISAS Order’
Last Updated on Wednesday, 10 February 2010 06:03
Written by pr0fess0r sAbrI
Tuesday, February 9th, 2010

Hari ni 10 Februari 2010, aku masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian berprestasi tinggi, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Kelang dan sebelum itu Kolej Islam Malaya (1955).. Wow, dah lama kolej islam ni ya.. Aku adalah pelajar batch-55, dan ini adalah tahun terakhir aku berada di sini insya’Allah.. Jadi, ada apa dengan 10 Februari 2010? Adakah itu tarikh keramat aku? Tarikh keramat Kolej Islam? ataupun tarikh hari jadi aku / sesiapa yang spesial? Heh, tak lah.. semua tu mengarut sahaja..

Hari ini 10/2, maka genaplah setahun aku berada di KISAS, setelah mendaftar sebagai pelajar di sini 10/2/2009 yang lalu.. Ahha, ia menyedarkan aku bahawa, tak lama dah aku akan menghadapi SPM (Soalan Paling Mudah), dan tak lama juga untuk aku bergelar sebagai seorang pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).. Hehe.. (more…)

Feb
07/10
Penat…
Last Updated on Thursday, 11 February 2010 08:41
Written by pr0fess0r sAbrI
Sunday, February 7th, 2010

Hurm, penat sungguh 2 minggu ni.. Kadang-kadang terpaksa escape kelas / kelas tambahan.. semuanya semata-mata kerana adik-adik form 4 yang dikasihi.. Gambar atas ni aku edit sendiri untuk jadi backdrop sepanjang 2 minggu program berlangsung.. Sedikit maklumatlah mengenai program ni..

Tarikh : 2/2/2010 – 12/2/2010
Masa : Pagi, petang dan Malam..
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling dgn kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya (aku la tuh..)
lagi apa ek??

Tu jer la buat masa ni.. Ada apa-apa soalan boleh ditanya di ruang komen.. Jangan malu & segan untuk bertanya.. Bak kata pepatah, “malu bertanya sesat jalan”.. hehehe..

Jan
20/10
Menempuh Jalan Kegagalan
Last Updated on Thursday, 21 January 2010 04:25
Written by pr0fess0r sAbrI
Wednesday, January 20th, 2010

Ehem2, untuk pengetahuan kau, aku baru sahaja selesai menjawab ujian diagnostik tingkatan 4 kat sekolah.. Masuk-masuk sekolah terus ada ujian.. Pergh, memang gilalah.. Sebab tu keputusan aku pun jadi gila sikit *walaupun ada beberapa subjek yang meningkat.. hahah.. Apa-apa pun, cikgu kata Ujian Diagnostik ni bertujuan memastikan pelajar belajar waktu cuti (Arghh, sumpah aku tak buka buku langsung waktu cuti.. :D )..

Setelah seminggu ujian tamat, hari ni aku telah mendapat keputusan untuk 11 subjek yang aku ambil.. Maknanya ada lagi satu subjek lah yang tak dapat lagi kan? Laju betul cikgu-cikgu kat KISAS ni.. Heh, patutlah pelajar-pelajar pun cemerlang-cemerlang belaka kecuali aku.. hahah.. So, nak tengok ke keputusan aku yang agak membanggakan teruk ni.. Tak payah lah.. Buat malu je.. Tapi kalau nak tengok gak, tekan lah read more ya.. (more…)

Posted under School  |  Comments  29 Comments
Jan
17/10
Melangkah Masuk ke KISAS
Last Updated on Sunday, 17 January 2010 11:40
Written by pr0fess0r sAbrI
Sunday, January 17th, 2010

Ehem, mesti ramai yang tengah gembira kerana mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang diidam-idamkan selama ni.. Walaubagaimanapun, bertindaklah secara rasional, bukan mengejar kejayaan, tetapi mengejar kebahagiaan hidup seperti yang aku katakan di entri Persediaan ke SBP.. Ahaks, tahniah untuk kali ke berapa tah.. Hehe..

Dapat tawaran KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) Klang..? Satu cabaran yang amat besar buat kau yang dapat tawaran ke situ.. Awal-awal lagi aku kata, kalau nak masuk test2 sahaja, tak payah lah buang masa, sebab kau akan menghabiskan duit mak bapak kau dengan banyak.. Tak ke menyusahkan mak bapak kau yang bekerja siang malam untuk sara keluarga? Kalau kau rasa kau betul-betul dah ready physically dan mentality, tafaddhal, silakan ke KISAS.. :D Jadi, apa yang korang perlukan untuk masuk KISAS ni? (more…)

Jan
17/10
Persediaan Masuk ke SBP
Last Updated on Sunday, 17 January 2010 02:01
Written by pr0fess0r sAbrI
Sunday, January 17th, 2010

Semua sedia maklum bahawa tawaran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah pun dikeluarkan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang terlalu batak nak masuk SBP.. hehe.. Tahniah kepada yang berjaya masuk ke Sekolah Berasrama Penuh, anda memang seorang yang terpilih, kerana daripada puluh ribu orang yang dapat straight A, anda yang terpilih.. Tahniah sekali lagi aku ucapkan.. Tapi mesti ramai yang masih terfikir-fikir, “nak ke pindah SBP ar?

Soalan macam tu memang akan wujud dalam diri kau.. Sama macam kawan-kawan aku dulu waktu dapat tawaran SBP.. Tapi sejauh mana persoalan itu terjawab dalam diri kau.. Untuk ini, aku nak listkan beberapa perkara yang perlu korang ambil tahu sebelum menyetujui untuk memasuki SBP, memandangkan aku dah tahun kedua berada di SBP.. :D (more…)

Related Posts with Thumbnails

 

Jom Sembang

Hubungi Sabri

EMEL
sabri0308@gmail.com

YM
prof.sabri@yahoo.com

MySpace / Friendster
prof.sabri@blogz.my

Facebook
eri_encams@artzz.net