Dah lama aku tak menulis entri mengenai bercinta.. Kalau kau yang baru pertama kali masuk blog aku, mungkin kau tak merasai untuk membaca kisah-kisah menarik yang ada di blog ni, seperti Iktibar dari Bercinta, yang mengisahkan kisah cinta aku bermula di Tingkatan 2, banyak halangan, dugaan, dan perkara menarik yang berlaku sepanjang percintaan yang dikatakan ‘cinta monyet‘ tu sempat aku cerita dalam post tu.. Tapi malang sekali post tu sudah tidak berada di dalam blog aku akibat kehilangan segala database lama blog aku.. Hak-hak, dan blog ini telah menjadi blog versi 2 aku dengan dimulakan dari kosong..

So, best ke bercinta ni? Memang lah best kan? Bila dapat layan nafsu, puaskan nafsu, layan je awek-awek yang ada, siapa yang rasa tak best? Ulama’ pun ada perasaan bercinta, apatah lagi kita manusia-manusia biasa yang agak tinggi nafsu dan rendah imannya kan? Sama jugak macam aku, aku pun manusia biasa yang penuh dengan noda dan nafsu..
Zaman berlalu dan aku pun sekarang telah hampir mencapai umurku yang ke-17.. SPM pun hampir menjelang tiba.. Umur yang semakin meningkat membuatkan perasaan cinta semakin berputik dan telah kembali ke dalam diriku.. 2 tahun meninggalkan cinta kerana ingin mencari kebenaran.. Alhamdulillah, sekarang aku telah menemui kebenaran yang sebenar-benarnya.. Moga kebenaran itu bukanlah suatu pendustaan..
Dah bertahun, aku asyik menerima persoalan dan cerita percintaan dari berbagai makhluk yang datang dari seluruh ceruk Malaysia ni.. Ada yang datang menceritakan masalah percintaan kepada aku.. Ada pula yang datang untuk memperbaiki kesalahan dalam percintaan mereka.. Ada pulak yang mintak tips menjaga cinta.. dan macam-macam lagi yang aku dapat dengar dari kau semua.. Tambahan lagi, apabila aku telah menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di KISAS, makin ramai pula kawan-kawan dari sekolah datang bercerita pada aku.. Best jugak dapat dengar cerita orang kan?
Salahke nak bercinta? Tak pernah pulak aku dengar bercinta itu salah, sebab cinta adalah satu anugerah perasaan yang paling berharga yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.. So, pandai-pandailah nak gunakan perasaan tuh macam mana kan? Kau sendiri tahu apa makna cinta itu, dan gunakanlah ia dengan sebaiknya.. Melanggar fitrah bercinta adalah salah di sisi Islam..
Aku pun ada perasaan bercinta dan ingin dicintai.. Sebenarnya entri ini aku khususkan untuk berceritakan mengenai pengalaman manis merasai kenikmatan bercinta tu.. Sejak akhir-akhir ni, banyak betul aku memikirkan mengenai masa depan aku, kerjaya aku, adakah masa depan aku cerah atau gelap, dan yang paling penting sekali perkahwinan aku.. Aku sering bermimpi berada di majlis perkahwinan aku, tapi tak sempat pula nak detect siapalah perempuan bertuah yang kahwin dengan aku dalam mimpi tu.. Hehe..
Hari demi hari, perasaan ingin bertemu jodoh semakin membuak, dan aku rasa macam aku dah hampir dengan jodoh aku.. Tapi aku ni kecik lagi kan.. Matang sepenuhnya pun belum lagi kot.. Aku tahu, kejap lagi mesti ada komen-komen yang mengatakan “kau kecik lagilah, belajar bagus-bagus, dah dapat kerja bagus nanti, baru fikir kahwin..” Heh, tak perlulah kau cakap macam tu.. Sebab percintaan aku tak bermakna aku couple (bahasa orang muda sekarang).. Cuma aku menyimpan perasaan tu, supaya suatu hari nanti bila dah sampai masanya, akan ku luahkan dengan mengikat tali perkahwinan, insya’Allah.. Buat masa sekarang ni, perempuan yang aku sukakan tu tak tahu lagi kot yang aku suka kat dia, moga-moga aku bertemu jodoh dengannya.. Amiiinn.. Aku cuma doakan kebahagiaan dia dan semoga dia beroleh kejayaan yang cemerlang dunia akhirat disamping menjadi isteri solehah suatu hari nanti..
psstt : Aku cop tarikh 12.12.2012 utk tarikh …… aku.. Korang takyah menyebuk erk.. Hehehe..
kah3..
spe la yg malang tuh agknyer..
hakhak..
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
January 17th, 2010 at 9:28 pm
jelez.. hahahah
[Reply]
cinta????bercinta???lebey baik single la…duit takdak nak blnja aweks yg mentalialistik(mental+materialistik)
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
January 19th, 2010 at 7:16 pm
ahaks.. kan aku dah cerita kat atas tu..
bukan bercinta (couple).. cinta dari dalam hati..
bukan kat duet.. hehehe..
[Reply]
huhu~
juz nk mnx pndpt kau..
pe pndpt kau klu pmpuan yg msk meminang lelaki..
tp scra b’sopan n b’adat la…
erk..
phm x mksd ak??
erm..
give ur opinion plzz…
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
January 21st, 2010 at 4:23 pm
erk, aku tak tau.. sebab aku tak belajar lagi bab kahwin.. hahah
[Reply]
alahai..
klu tggu ko blaja mnde 2 pn,xd kne mngena ngn soaln ak coz bab kawin f5 xd pn cte psl pmpuan msk meminang lelaki..ak da khatam la bab 2..pe r kau ni..huhh..
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
January 22nd, 2010 at 2:57 pm
ouh, ye ek? hahah.. asl kau tak tny cikgu tyme belajar..
[Reply]
sengal!
ak nk mnx pndpt sume org sal mnde tuh!
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
January 23rd, 2010 at 3:56 pm
ouh, okk.. tafaddal.. perempuan kalau nak melamar boleh r.. nak pinang, laki yang kene..
[Reply]
ingat2 lah yerk org kat cni bile buat kenduri kahwin nnti k..hahahah
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
January 29th, 2010 at 10:49 pm
erm, nih sape ye?
[Reply]
waaa..siap dah cop tarikh plak tu..haha..alamak, nie cam nak langkah bendul cikgu je nieh..haha
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
February 13th, 2010 at 11:09 pm
ehem2.. yea.. kite lawan sape dulu.. hahaha
[Reply]