“Awak tak baca ke surat khabar? Banyak minah rempit, perempuan buat maksiat pun pakai tudung..” Hurm, rasanya ni ayat biasalah yang dikeluarkan bagi menjadi alasan gadis-gadis tak bertudung ni.. OK, dah tu.. adakah sebab dia pakai tudung dia jadi camtu.. Jawapannya tidak.. Perangai sendiri boleh diubah jika diri sendiri hendak mengubah.. Bukannya, dengang pakai tudung terus automatik perangai boleh diubah dik oi.. Ngee~ Adakah dengan tidak mengikut perintah Allah anda akan masuk ke syurga?
“Saya taknak memakai tudung kerana terpaksa..” Dah tu, cubalah bukak hati tu untuk pakai tudung.. Tak perlulah orang nak paksa.. Sendiri mau fikirlah.. Tak pakai tudung berdosa, pakai tudung kerana terpaksa tak berdosa..
Orang yang bekerja, dia tahu dengan cara berkerja sahaja dia akan mendapat duit.. So, walaupun taknak bekerja, dia akan TERPAKSA untuk bekerja.. Betul tak? Kalau dah 40 tahun bekerja, of course dia akan merasakan kerja tuh cam biasa je kerja tuh dan dia SANGGUP melakukannya.. melainkan kerja dia bertambah beban.. (Perintah Allah tak pula bertambah)..
Kesimpulannya, orang yang bekerja kerana TERPAKSA lebih beruntung dari orang yang tak kerja dengan alasan taknak dipaksa..
![]()
“Habis tu tak pakai tudung je berdosa, kesalahan lain dapat pahala pula? Manusia tak perfect la..” Siapa pulak kata kesalahan lain dapat pahala.. Memang manusia tak perfect.. Manusia tak perfect dari segi kelebihan yang ada padanya, sebab dia tetap akan ada kelemahan.. Tapi dari sudut perintah Allah, ia bukanlah berkait dengan kelebihan dan kelemahan.. So, walaupun anda takde kelebihan cmane pun, perkara wajib perlu tetap dilaksanakan..
“Walaupun saya tak pakai tudung, hati saya sentiasa ingat Allah..” “Ketahuilah bahawa dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati..” (HR Muslim).. Hurm, kat mulut memang awak kata hati ikhlas, tapi, amalan / perbuatan seseorang itu telah menggambarkan apa yang ada dalam hati..
“Allah bagi kita akal untuk berfikir, so, logikalnya sama ja orang yang pakai tudung dengan tak pakai tudung..” Erk, habis tu, Allah bagi akal untuk kita berfikir, Allah bagi nafsu untuk kita puaskan lah ya? Kalaulah semua orang berfikiran begitu, nescaya rogol dah jadi satu kebiasaan dalam masyarakat weyh.. Haha, betulkan statement tuh.. Allah bagi kita akal untuk berfikir berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, bukannya dengan memperbetul apa yang dah termaktub dalam Quran.. Heh..
Hurm, sebenarnya panjang lagi dialog untuk dikongsikan, tapi sabri rasa tak perlulah untuk tulis panjang-panjang kat sini.. Kalau ada sesiapa yang tak puas hati dengan statement di atas, boleh terus komen di ruangan di bawah..
Tapi sebelum tu sabri nak kongsikan satu video yang rasanya sesuai untuk korang yang dalam dilema ni..
psstt : Terima kasih kepada pembuat video dan minta maaf kepada pemilik gambar di atas kerana menayangkan gambar anda tanpa lesen.. Heh, nak buat macam mana.. Gambar anda terpapar di Search Google.. Ambik jer la..
pssttt : Aku takde niat nak burukkan orang yang terlibat dalam dialog tu.. Cuma nak paparkan sebagai jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul dalam remaja sekarang nih.. Mungkin kalau anda berubah dengan memakai tudung, anda turut mendapat saham pahala di atas post ni.. Wallahu a’lam..

menarik…:)
kalau x silap dialog dlm video tu mcm pernah famous jd forward emel je,he3x…
Kalaulah orang faham tutup aurat bermaksud menutup keaiban…
Faith is not blind,but obedience to Allah is blind
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 17th, 2009 at 8:51 am
ehem, orang kata multimedia lebih berkesan..
sebab dapat menggambarkan situasi..
[Reply]
Bravo..Good Post..Cheers3X.Mind if I embed this video on my blog too?
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 17th, 2009 at 8:51 am
okayh, this is not my video.. i just grab it from youtube..
[Reply]
hurm klo la sume nisa’ pki tdung….
amannyer…
xtmbh dose kte yg mnengok ni…
tp pki tdung kne ikot syarat…..
bkn skadar ttop kpla jer tp yg ptot dtutp nmpk lak…
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 20th, 2009 at 8:45 pm
ahaks, syarat jadik no 2.. yang penting sekarang pakai tudung dulu..
[Reply]
saye suke entry kamu.. keep up the good job
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 20th, 2009 at 8:46 pm
heh, thanx bro..
[Reply]
siapa gadis itu diatas???bagi aku emel dia…
biar aku tarbiyah dia…
cara aku lain…cara ko lain…
Yela,rambut sama hitam,hati lain2…
Selingan:betul ke gadis yg kau maksudkan?
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 20th, 2009 at 8:47 pm
hurm, actually bukan kawan aku.. n aq x contact pun.. just jawab soklan dari kawan aku.. hehe
[Reply]
iyo dunia nak kiamat lor…
emm bagi aku lantak dia org lah..
nak cakap kena marah
xcakap dosa plk.. iyo2
pening bile sebut pasal kebaikan nie
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 20th, 2009 at 8:51 pm
mane boleh lantak..
xcakap dapat dose.. ngeh..
dalam dunia ni, bile bcakap kebaikan kita ditindas..
nabi menghadapi banyak dugaan ketika dakwah..
kite ni orang biasa je, dugaan sungguh kecik..
[Reply]
hurm,….
nice post….
but pic sape yg kat ats skali tu???
haha… but overall, best!!~~
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 20th, 2009 at 8:52 pm
hahah, gambar kat atas tuh hiasan je..
takde kene mengene antara yang hidup atau yang mati.. hahah..
jumpe kat pakcik google.. hehe
[Reply]
hai..
nak tanyer..yg commnet plugin ni saudara pakai aper..ia nampak begitu kemas sekali.
Hrp ble tunjuk ajar.
Terima kasih.
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 20th, 2009 at 8:52 pm
hai.. erm, rasanya saya pakai plugin wordpress thread comment jer.. ahaks, tunjuk ajar itu wajib..
[Reply]