Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog Sabri...

Geng Basikal UMNO

Assalamualaikum, sebelum tu nak bagitahu, gambar di sebelah tiada kaitan antara hidup dengan yang mati.. Comel tengok budak-budak ni pakai tudung.. Hehe.. Eh, merepek pulak.. Tadi sabri baru balik dari latihan memandu (syarat untuk buat ujian JPJ kena dua kali latihan).. Dah nak sampai rumah tu, tetibe jalan sesak pulak.. Tak pernah-pernah tempat tu sesak waktu tengah hari, sabri dah agak.. Mesti ada polis dekat depan tu.. Sabri pun terus berjalan dengan selamba..

Dan memang betul sangkaan sabri, dekat depan tu ada polis yang tengah tahan budak-budak basikal ataupun lebih senang nak sebut geng basikal.. Kenapa pula nak tahan budak bawak basikal kan? Takkan nak bawak basikal pun kena ada lesen? Haha..  Sabri tengok betul-betul.. Ouh, patutlah budak-budak tu kena tahan.. Bawak bendera UMNO (parti melayu kita lah).. Aiseyh, budak kecik-kecik lagi dah kena pengaruh si durjana UMNO tu.. Kesian pula sabri tengok budak-budak tu.. Mereka tak bersalah pun, cuma nak dapat duit je.. Hahah..

Teringat pulak kemenangan UMNO di Hulu Selangor baru-baru ini.. Ianya langsung tidak memeranjatkan, kerana UMNO sememangnya membeli undi di sana.. Kawan sabri di SMS Hulu Selangor cerita, UMNO paksa mereka untuk pergi dengar ceramah BN di Hulu Selangor, bukan sekali, tapi 4 kali.. Yelah, kalau tak paksa, takde bagi duit, takdenye budak-budak nak datang dengar ceramah tu.. Bayangkanlah.. Aduh.. UMNO semakin lama semakin tak relevan pula bila difikirkan balik.. Hurm, kalau macam ni, sabri nak buat parti sendiri lah.. Jom sama-sama sokong sabri.. Yeah..! hahaha..

Related Posts with Thumbnails

Posted on 2 May '10 by pr0fess0r sAbrI, under Isu Semasa.



4 Comments to “Geng Basikal UMNO”

02.05.10 at 11:37
Posted by Wassim Fairuz

Beli undi? memang macam tak fair la kan kalau kite dengar
tapi, dah care mcm tu yang diorang nak conquer bende2 alah ni. Nak wat mcm mane?

Tapi, sumpah aku tak sokong kalau kau nak buat parti sendiri!
HAHA

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

hahaha.. jom wassim, kita sama2 wat parti sdirik.. :P

[Reply]

16.06.10 at 13:36
Posted by nazri

wah!!!..
hulu Selangor howt

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

hahah.. :D

[Reply]








Rss Feed Tweeter button Facebook button Myspace button Youtube button