Sebelum ni, aku pernah ceritakan hajat aku untuk memiliki Sony Ericsson Satio, tapi di blog lama.. Alah, ni la malangnya bila aku tak simpan backup blog lama ni.. Hehe, tapi takper.. Hari ni aku cerita balik mengenai handphone kesukaanku ini dan bakal menjadi milikku mungkin suatu hari nanti.. Lepas SPM kot? Haha, masa tu mungkin dah banyak handphone lain yang lebih canggih dikeluarkan oleh pihak Sony Ericsson..
Hehe.. Apa-apa pun, nanti tu nanti punya cerita lah kan.. Sekarang cerita dahulu mengenai apa yang ada..
Wah, cantik kan handphone berdua ni? Hehe, of course la.. Kalau dah minat aku, mestilah cantik.. Ceh, nak yang cantik je kan? Duit takde.. WiMAX pun tak bayar lagi.. Haha, melambung bil aku beb.. Dah RM287.20 hehehe.. Takde orang nak sponsor lagi ke nih? Hahaha.. So, apa yang best mengenai Sony Ericsson Satio & Aino ini?
Rekabentuk yang Menawan
Mestilah semua orang mengidam untuk memiliki sebuah telefon bimbit yang mempunyai reka bentuk yang menawan kan? Hehe, ada orang tu, kalau tak dapat yang original, yang pirate dari China pun jadilah kan? Asal cantik.. Dapat tunjuk kat orang.. Haha, biasalah, setiap orang ada keinginan yang tersendiri.. Tapi janganlah sampai nak tunjuk-tunjuk kat orang.. Kalau aku ada Satio ni pun, heh, jangan haraplah korang nak tengok fon aku tuh..
Touch Screen
Dari dulu lagi memang aku mengimpikan untuk memiliki telefon bimbit skrin sentuh, tapi sampai sekarang tak berpeluang lagi.. Hehe, best ke skrin sentuh ni? best jugaklah, sebab aku tak sakit jari perlu memicit butang telefon yang keras macam batu ni lagi.. Hahaha
Kamera Piksa Tinggi
Kedua-dua Sony Ericsson Satio dan Aino mempunyai kamera dengan MP tinggi, iaitu Aino dengan 8.1MP manakala Satio pula 12.1MP, wah, dah macam kamera yang korang nampak kat kedai kamera pulak kan? Kamera aku pun baru 6.0MP.. Haha.. lepas ni takdelah aku susah payah membawa kamera yang tebal ditemani dengan telefon bimbit.. Semua dah menjadi All In One lah..
Sebenarnya banyak lagi features menarik yang ada pada Aino & Satio, tapi yang lain semuanya adalah benda biasa yang kebanyakannya ada pada handphone-handphone baru yang lain.. Seperti WiFi, Face Detection Camera, GPS, Youtube Compatible, dan banyak lagi lah.. So, nak cerita pasal harga je harini.. Harga untuk Sony Ericsson Aino ialah RM1,500.. manakala Sony Ericsson Satio pula ialah RM2,500.. Wah, aku sedang berfikir lagi, apa yang membuatkan harganya berbeza sehingga RM1,000.. Hehe, apa-apa pun, aku akan cuba untuk mendapatkan ni.. Tapi kalau korang nak belanja je aku sebagai hadiah, aku terima je dengan rela hati.. Hehe..

Sony E mantoP!!!!
tapi ko ada ke duit??jgn hulur tangan kat parents sudah!!
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
January 1st, 2010 at 9:54 pm
hehe, tak berani daku nak hulur tgn kat mereka..
bukan duit yang dapat.. rotan dapat dulu kot..
[Reply]
Aku dah ada Satio..memang best cakap ko..kamera clear mcm HD TV. Rugi woo tak beli.. Bila tonton video rasa macam tengok kat tv screen LCD. Terang, jelas dan detail gitu. Fuhh. Aku beli harga RM1999. Ada berani?
[Reply]