Hidup Berani Untuk Gagal
Keputusan PMR dikeluarkan 2 hari lepas.. Alhamdulillah, ada juga pembaca untuk entri aku, Tips Mengambil Slip Keputusan Peperiksaan.. Hehe.. Rasanya tips tu sungguh berkesan bagi mereka yang berjaya dengan cemerlang, mesti rasa excited gila2 kan.. Bagi mereka yang gagal tersungkur pula mesti dapat bawak pulang result tu dengan senang hati.. Ahaks, walaubagaimanapun, keputusan PMR korang secara jujurnya aku cakap takkan dapat bawak ke mana2.. Even kau nak bawak ke dalam kubur pun takde maknanya.. Hehe..
Mungkinlah korang akan dapat rasai kelebihan duduk SBP atau MRSM, tetapi macam aku cakap dululah (entri blog lama aku yang dah hilang), duduk di SMKA / MRSM / SBP / SMK mana sekalipun, korang tak perlu menyesal kerana dekat situlah rezeki korang.. Dah cantik tempat yang Allah bagi, tinggal korang je nak pilih samada nak LULUS atau GAGAL dalam SPM nanti.. Hidup mestilah BERANI untuk menempuhi KEGAGALAN.. NamunGAGAL tak bermaksud gagal selama-lamanya kan? Rezeki Allah Maha Luas, setiap yang terjadi ada 1001 hikmah untuk direnungi, bukan untuk ditangisi.. Sebab tu kau kene jadi orang yang berani.. Orang yang BERANI / HEBAT, bukan sekadar mampu mencapai dan mengekalkan kejayaan, tapi lebih hebat lagi orang yang mampu bangkit dari KEGAGALAN..!!!
So, dengan ini, aku nak mengumumkanlah keputusan peperiksaan di sekolah lama aku.. Jeng3.. Hehehe..
Tahniah kepada 38 calon PMR SMKA Kuala Selangor yang berjaya mendapat 9A dan mengembalikan 100% lulus..!
Takziah buat mereka kerana keputusan agak merosot untuk tahun ini dan tiada subjek 100% A??
Hurm, nampaknya Batch-14 tetap tidak dapat menandingi kehebatan batch kami.. Hehe, apa2 pun cuba lagi di SPM kelak..
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL..
Ahaks, sebenarnya entri kali ini adalah sebagai penyertaan untuk Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran sahabatku DenaiHati.. Hehe.. Aku tahu contest ni daripada sahabat blogger lama, Azizwan.. Bukan apa, aku sungguh tertarik dengan contest yang menawarkan hadiah mencecah ribuan ringgit weyh.. Siapa taknak kalau dapat duit kan? Hahahaha.. Tapi apa-apa pun aku tak expect untuk menang contest ni sebab blog aku taklah se-power blog diorang yang gah-gah belaka.. Hehe.. Apa-apa pun, sabri menyarankan blogger-blogger lain untuk turut menyertai contest anjuran DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Sebab apa pulak?
- Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang. (wow, kalau dapat RM500 tu boleh bayar WiMAX aku yang tak bayar lagi.. Hahah.. 3 bulan dah tak bayar.. So, RM300.. Ada sesiapa nak sponsor ke?
) - Kepada yang rajin mempromosi contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih banyaklah hadiahnya.
- Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen. (Dengan senang korang akan mendapat duit sebanyak tu kan?)
Jadi, apa pulak syarat contest ni? Hurm..
- Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dan saya tahu contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“ dari blog AhmadSabri.Net..
- Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
- Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
- Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“ di weblog Yang Terbuku Di Hati.
- Jangan lupa subscribe blog ini melalui email dan aktifkan
- Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini
- Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
- Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.
- Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
- Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.
“HIDUP MESTI BERANI UNTUK GAGAL UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN 2010″
Jadi, apa korang tunggu lagi?? Joinlah contest ni? Tak susah pun kan? Hehe.. Apa-apa pun, jangan lupa untuk meletak saya tahu contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“ dari blog AhmadSabri.Net di entri korang..


17 Comments to “Hidup Berani Untuk Gagal”