Anugerah Juara Lagu 2010
Sebelum aku citer pasal AJL, aku cerita dulu pasal isu hangat sekarang ni.. Nampaknya, aku sorang je kot yang lambat bagi pandangan mengenai isu semasa ni.. Tapi tak mengapa, aku cuba jugak sampaikan pandangan aku, mungkin setelah baca pandangan-pandangan dari korang.. Ada kaitannya, antara penggunaan kalimah Allah, bakar gereja di sebuah negara yang bersistemkan sekular.. Tak tahu apa itu sekular? Jenguk kat sini.. Wikipedia satu-satu tempat rujukan untuk kebanyakan perkara..

Sekularisme yang diselitkan dalam politik Tanah Melayu sejak kedatangan British dulu jelas membawa banyak keburukan.. Yela, bayangkan kalau Malaysia adalah sememangnya negara yang betul-betul Islam, dan mengamalkan hukum-hukum dan prinsip-prinsip dalam Islam, nescaya aku yakin bahawa perkara-perkara kecil seperti penggunaan nama Allah tidaklah menjadi satu isu besar, sebab ianya memang digunakan oleh orang Yahudi ketika pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W dahulu, tiada masalah pun?
Tindakan membakar gereja tersangatlah bodoh, dan dilakukan oleh orang yang sememangnya bodoh.. Buat apa lah kau nak bakar gereja.. Islam tak pernah menutup / menghalang agama lain untuk menunaikan ‘ibadah’ mereka.. Rakyat Malaysia pula senang-senang boleh bakar gereja.. Nampak sangat bahawa pembakar itu adalah seorang yang benar-benar jahil dalam agama.. Memandang kecil kepada perkara besar seperti akidah, tapi pandang besar pulak dekat benda yang tak begitu penting..
FAKTA KENAPA AKU KATA PEMBAKAR GEREJA ADALAH BODOH
Fakta pertama, kejadian ini mungkin ada kena mengena dengan isu hangat penggunaan kalimah Allah.. Mungkin ada orang Islam yang jahil dan tak berpuas-hati atau mungkin mainan politik, atau mungkin juga orang Kristian yang sengaja nak menimbulkan provokasi..
Fakta kedua, islam tak membenarkan pembakaran gereja, kalau berperang pun, Islam suruh menghindarkan diri daripada menghancurkan rumah-rumah ibadah.. Memang jahillah mereka yang membakar gereja tu..
Fakta ketiga, demonstrasi, jeritan dan slogan keras yang diadakan oleh segelintir masyarakat ternyata hanya memberikan lebih mudharat, apabila ianya mencapai ke tahap yang lebih tegang.. Cubalah kita adakan satu forum / dialog, bincang secara berhemah..
Fakta keempat, mungkin isu ini adalah sebahagian daripada mainan politik.. Tidak hairanlah setiap hari ada muncul di surat khabar mengenai pergaduhan antara parti-parti yang semakin lama semakin tersasar dari landasan sebenar..
Hurm, cukuplah sekadar aku menyenaraikan empat fakta dahulu.. Fakta lainnya korang bolehlah tambah sendiri.. Aku cukup risau jika ada segelintir yang cuba mengambil peluang dengan pergolakan yang berlaku ni.. Tak pasal-pasal, Islam agama rasmi Malaysia pun terbubar.. Na’uzubillah..
psstt : apa kaitannya dengan AJL? Hehe.. takde maknanya kan? Adakah kau lupa bahawa muzik juga terkandung dalam protokol of zions.. Hurm, so buat apa kita perlu agung-agungkan musik sedangkan channel mengaji al-quran tak pernah dibuka? inilah akibat dan kesan daripada kerajaan sekular..

2 Comments to “Anugerah Juara Lagu 2010”