Kenapa Buat Blog?
Sejak akhir-akhir ni, blog aku sebenarnya makin popular dengan trafik yang menaik dari semasa ke semasa, Alhamdulillah.. Sekarang pun makin ramai yang sertai kita dalam dunia blog dan laman web.. Semalam pun, aku baru siapkan satu laman web yang menjual kain sutera crepe dengan harga murah..! Kau boleh lah jenguk di www.suteracrepe.com.. (Erk, promote pulak.. Hehe.. Nampaknye mereka kena bayar aku lebih ni.. Hak3).. Jadi, sebelum korang ada blog mesti korang terfikir kan..
“Blog tu apa?”
“Macam mana nak buat blog?”
“Apa bestnye buat blog.. Cam orang bodoh je, bukan leyh dapat pape pun..”
“Aku ade blog, tapi tak tahu apa nak tulis dalam blog..”
“Ape la kejadahnye blog tuh.. Heh..”

So, maybe korang tak kenal lagi dengan apa itu blog? Dan mengapakah korang perlu ada blog?.. Dengan ini, pada hari baru, tahun baru ini (Ops, lupa pulak nak ucapkan.. Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog aku), aku sediakan kat kau satu entri khas sebagai pengenalan kepada blogging.. Mungkin ada lagi sambungan entri ini kot.. Jadi, saksikan sahaja lah..
Apa Itu Blog?
Blog (singkatan untuk web log dalam Bahasa Inggeris) juga merupakan sebuah laman web.. Namun, yang membezakan antara blog dan laman web ialah, artikel-artikel baru perlu up-to-date, means ditambah dari semasa ke semasa la.. (Blog aku ni up-to-date ke ha? Hahah..).. So, dalam blog juga, pembaca boleh mengemukan komen dan maklum balas terhadap penulisan kau, samada teruk ke, ataupun menarik..
Kenapa Nak Buat Blog?
Blog ditulis dengan pelbagai tujuan, antaranya..
- Sebagai diari dan catatan harian (Macam blog Diary Akuh.. hehe) Sebahagiannya mungkin ditulis private supaya orang tak baca, namun kebanyakannya mengharapkan komen daripada kau.. Heh..
- Tempat berkongsi ilmu pengetahuan (Contohnya IluvIslam, SaifulIslam, AmanZ.my dan banyak lagi lah..)
- Berbicara isu semasa dan politik.. (Anwar Ibrahim pun ada blog..
- Untuk memperkenalkan organisasi (Cth : PRSKisas, PAS, dan lain2 la..)
- Sumber pendapatan, iaitu salah satu cara untuk buat duit online..
Jadi, sebelum buat blog, kau perlulah fikir untuk apa kau buat blog.. Janganlah jadi seperti kawan2 aku yang menyuruh aku buat blog utk mereka tapi seterusnya meninggalkan blog mereka seperti kacang lupakan kulit.. Tu maknanya buat blog tanpa arah tujuan.. Heh..
psstt : Penulisan seterusnya mungkin mengenai ‘Apa yang kau perlu tahu dalam membina blog?’ Sesungguhnya kau perlu tahu bahawa menulis blog itu adalah mudah.. Tak ada apa yang perlu dirisaukan okei? Hehe..
Credit : Artikel asal dari www.sembangkomputer.com

12 Comments to “Kenapa Buat Blog?”