Kesian Dengan Blogger Politik
Memang tak dinafikan, sememangnya politik memang perlu dikuasai oleh setiap insan.. Kerana politik itu adalah pengurusan.. So, setiap orang perlu bijak dalam berpolitik supaya dapat hidup dengan lebih tenang, aman, damai dan selesa.. Entri kali ini, aku tiada niat untuk mengutuk mana-mana pihak sebab sememangnya mengutuk itu memang dilaknat.. Cuma nak sampaikan pengajaran kepada diri sendiri dan kita semua, insya’Allah..

Dunia blogger pun sekarang dah makin maju dengan bertambahnya blog peribadi, blog komersial, blog politik, dan lain-lain lah.. Maknanya komuniti blogger di Malaysia sudah semakin bertambah bukan.. Alhamdulillah, tapi aku agak kesal dengan segelintir blogger yang suka mengeluarkan artikel tanpa fakta dan bukti-bukti yang membolehkan dia mengaku, “Aku adalah benar dalam menyampaikan berita”..
Buktinya? Heh, banyak dah bukti yang korang boleh tengok sebenarnya.. Tapi hari ni ada seorang kawan aku yang beri aku baca satu blog, dewakampung.. Selalu aku duk baca dewakebaikan je, hari ni terjumpa pulak dewakampung.. Hehe, apa-apa pun, zasss.. Saksikan komen daripada aku.. Ingat, bukan nak kutuk, cuma niat nak memperbetulkan.. Kalau aku salah, maka tegurlah aku..
Dewa? Apa yang kau nak maksudkan dengan dewa tu ek? Hehe, aku belek-belek kamus dan terjumpa maksud dewa.. Dewa ialah sesuatu yang dipertuhankan, atau makna lain orang yang dijadikan pemujaan.. Perlu ke manusia untuk memuja manusia yang lain.. Sedangkan Muhammad S.A.W pun kita tak boleh puja, sebab dia manusia biasa sama dengan kita, cuma ditarafkan sebagai nabi dan rasul untuk menyampaikan ajaran Allah.. Kita boleh puji dan kagum dengan baginda, tak begitu? Boleh beri penjelasan? Saya orang dhaif dan kurang pengetahuan..
So, aku nak cerita tentang post yang terbaru dalam blog tuh jer.. Post yang lama-lama malas nak sentuh, mungkin orang lain dah tolong jawabkan.. Tapi post yang baru ni maybe orang lain tak baca lagi kan?
Dewakampung agak hairan apabila kontrak orang kanan Menteri Besar tidak disambung…bukankah jawatan Setiausaha Akhbar & Politik umpama kaki dan tangan kepada Menteri Besar???.
Komen: Bukankah Tuan Guru Nik Aziz berkata, “prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak akan dilaksanakan”.. Heh, kalaulah kontrak senang2 je disambung, heh, sumpah tak susah dah hidup selepas tu.. Kompem memang ada kerja tetap kan?
Semasa menonton siaran Buletin Utama di TV3 di rumah pada 29hb Disember 2009, dewakampung agak terperanjat apabila Tuan Guru kita mengucapkan perkataan CELAKA kepada blog yang menyiarkan peletakan jawatan Setiausaha Akhbar & Politik Tuan Guru.
Komen: dalam blog dia pun dah ada orang komen pasal ni.. dalam Quran pun ada Allah sebut perkataan celaka.. Boleh cek dalam surah Saff, ayat berapa aku tak ingat.. Tu salah satu lah, banyak lagi kot.. Celaka ni bermaksud ‘malang’lah.. so, keji sangat ke perkataan tu? Nak dibandingkan dengan perkataan-perkataan yang dilempar oleh ahli Parlimen, yang bergaduh macam budak-budak tadika tu?
Dewakampung semakin keliru dengan Tuan Guru yang disayangi
Hurm, macam mana lah orang bukan Islam tak keliru dengan Islam kalau orang Islam sendiri berbalah sesama sendiri.. Takde kesefahaman dalam nak menegakkan daulah Islamiyyah.. Hasilnya, hancur umat Islam di Malaysia ni.. Aku bukan cakap aku sokong apa yang dibuat PAS, dan aku bukan ahli PAS buat pengetahuan anda.. Tapi aku hanya menyampaikan pendapat sebagai seorang warganegara Malaysia yang berhemah.. Perlu ke orang Islam untuk mengutuk parti Islam sendiri? Nak sampaikan pendapat boleh, terus hantar surat atau jumpa terus Nik Aziz, susah sangat ke?
Jauh nak jumpa dia? Bazir minyak? Bazir masa? Bazir tenaga? Hurm, kalau betul-betul kau nak bangunkan syariat Allah, adakah kau nak fikirkan benda tu semua? Heh, tambah saham dosa je la buat benda-benda terkutuk ni..

2 Comments to “Kesian Dengan Blogger Politik”