Layakkah Aku untuk Berada di Pentas Dunia??
Masa berlalu dan SPM makin dekat menghampiri dan menghantui aku sepanjang masa.. Selaku seorang pelajar di sekolah yang agak baik, aku pun perlu mengikut arus dan apa sahaja program yang dianjurkan sekolah untuk mengekalkan prestasi sekolah dan baru sahaja tadi, Pengarah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah memberikan satu cabaran baru untuk KISAS menjadi No. 1 di Malaysia dengan 150 daripada 300 pelajar mendapat Straight A.. Wah.. Insya’Allah boleh..

Hehe, teringin pula aku nak melanjutkan pelajaran di University Harvard, melihatkan pemimpin-pemimpin dunia kebanyakannya adalah kelahiran universiti tersebut.. George W. Bush, John F. Kennedy, Barrack Obama, dan banyak lagi yang tak mampu aku sebut (tak ingat sebenarnya).. Rasa-rasanya apalah rahsia universiti tu sehingga dapat melahirkan orang-orang ‘hebat’ itu? Ahh, jauh sangat aku fikirkan.. Periksa SPM pun tak lepas lagi.. Ngee!~ Apa-apa pun, ianya sebagai dorongan untuk aku lebih bersemangat mengejar kecemerlangan itu, insya’Allah.. Amiinn..
Aku baru melepasi Ujian Mac beberapa minggu yang lalu, dan Alhamdulillah, dah dapat pun keputusannya.. So, dalam membina potensi dan semangat baru dalam diri, aku dan rakan-rakan di KISAS yang lain telah diarahkan membuat target masing-masing untuk peperiksaan SPM yang akan datang, dan berapakah markah minimum untuk setiap ujian yang akan datang.. Hurm, agak berat tugas ini.. Tapi bagus juga, mendorong untuk aku mengejar markah tu..
TOV (Purata markah Peperiksaan Akhir Tahun 2009 + Ujian Diagnostik 2010)
BM – 68
BI – 47
SEJ – 53
BAT -
SN -
PP -
EA -
PQS -
PSI -
MAT – 90
MT -
MARKAH UJIAN MAC
BM – 76
BI – 57
SEJ – 73
BAT – 67
SN – 74
PP – 67
EA – 81
PQS – 90
PSI – 79
MAT – 95
MT – 80
TARGET SPM
BM – 90
BI – 90
SEJ – 90
BAT – 92
SN – 95
PP – 95
EA – 95
PQS – 98
PSI – 95
MAT – 100
MT – 98
Hurm, target kita mestilah tinggi sampai ke langit, sesuai dengan Islam yang menyuruh kita target untuk ke Syurga Firdaus berbanding 6 syurga yang lain.. Bila dah target tinggi, kita akan berusaha.. Dan Allah akan memberi kejayaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.. Kita hanya perlu usaha, doa, tawakkal..

8 Comments to “Layakkah Aku untuk Berada di Pentas Dunia??”