Melangkah Masuk ke KISAS
Ehem, mesti ramai yang tengah gembira kerana mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang diidam-idamkan selama ni.. Walaubagaimanapun, bertindaklah secara rasional, bukan mengejar kejayaan, tetapi mengejar kebahagiaan hidup seperti yang aku katakan di entri Persediaan ke SBP.. Ahaks, tahniah untuk kali ke berapa tah.. Hehe..

Dapat tawaran KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) Klang..? Satu cabaran yang amat besar buat kau yang dapat tawaran ke situ.. Awal-awal lagi aku kata, kalau nak masuk test2 sahaja, tak payah lah buang masa, sebab kau akan menghabiskan duit mak bapak kau dengan banyak.. Tak ke menyusahkan mak bapak kau yang bekerja siang malam untuk sara keluarga? Kalau kau rasa kau betul-betul dah ready physically dan mentality, tafaddhal, silakan ke KISAS..
Jadi, apa yang korang perlukan untuk masuk KISAS ni?
Korang perlulah ready untuk menjadi junior semula sebab di KISAS hanya ada pelajar Tingkatan 4, 5, dan 6.. Jadi, Tingkatan 4 adalah junior dan akan menjadi pak turut selama setahun.. Maknanya kau tak boleh buat apa-apa melainkan mengikuti program-program yang disediakan khas untuk kau.. Dan bila dah jadi junior, maknanya kau kenelah panggil Tingkatan 5 dengan gelaran abang, menghormati senior-senior dan lain-lain.. Ala, takkan tak pernah jadi junior?
Kau juga perlu kosongkan fikiran, sebab kau akan diisi dengan benda-benda baru yang mungkin tiada di sekolah lama kau.. Pengisian Tarbiyyah yang mantap di KISAS mungkin sekali-sekala akan membuatkan kau rasa benci dengan KISAS.. sebab apa? KISAS berhasrat untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Islam unggul bertaraf global.. Macam mana lah nak jadi pemimpin kalau dugaan kecil pun kau tak boleh terima..
Sebelum aku menamatkan entri ni, mungkin aku boleh ceritakan serba sedikit pengalaman aku waktu masuk KISAS dulu.. Aku masuk-masuk je, mendaftarkan diri ke rumah Thariq tercinta (kalau kau nak tahu, SBP menggunakan sistem rumah sukan untuk keseluruhan asrama dan Thariq adalah rumah terbaik insya’Allah.. hehe).. Lepas tu KU bagi ucapan, waktu tu serius aku tak tahu yang bagi ucapan tu adalah KU, sebab KU nya dah macam syeikh dah.. Hehe.. Gaya cakap pelajar-pelajar KISAS memang gempak2.. Kalau kau nak masuk KISAS, berlatihlah bercakap, dan kumpul banyak-banyak ilmu, supaya kau ada modal untuk cakap kalau dipanggil bagi tazkirah..
BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) akan mengawal kau di kawasan asrama, pagi, petang dan malam.. Mereka akan menyerapkan unsur-unsur dakwah, jihad, dan unsur-unsur Islam supaya bila keluar KISAS nanti kau bersedia menghadapi dunia luar ni.. Kadang-kala mungkin ada sedikit perasaan memberontak, tapi kau akan faham kenapa itu dan ini berlaku, semunya ada hikmah.. Pembaharuan tahun ini, aku sebagai wakil PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) juga akan menggerakkan PRS sebagai badan dakwah bilhikmah, mungkin berbeza sikit dengan metod yang dijalankan oleh BADAR, insya’Allah.. Apa-apa pun, boleh ajukan soalan untuk pertanyaan lanjut mengenai KISAS..
psstt : Kalau anda rasa anda layak untuk ke KISAS dan bersedia menuntut ilmu agama, silakan ke KISAS dan anda dialu-alukan untuk menyertai rumah Thariq (rumah Hijau).. Moga-moga kemasukan anda ke KISAS dapat memberikan sesuatu yang baru dan positif kepada anda..

39 Comments to “Melangkah Masuk ke KISAS”