Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog Sabri...

Menghadapi Peperiksaan Yang Lebih Besar

Peperiksaan PMR sudah pun aku lalui pada tahun lepas.. Secara jujurnya, aku bersyukur dan agak berbangga dengan keputusan PMR aku, walaupun takdelah sebagus mana pun.. Tapi aku bersyukur sebab dengan keputusan yang aku perolehi tu, aku berjaya mencampakkan diri aku ke Sekolah Berasrama Penuh.. Sekarang sudah genap setahun aku duduk di bumi waqafan, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang..

Kalau tahun lepas, PMR tu hanyalah semudah A, B, C, D.. Yela, sebab kebanyakannya memang main bulat-bulat je, pilih A, B, C, D kan? Hahah.. Dan tak sampai setahun lagi, aku  dan juga korang (yang sebaya dengan aku), akan menghadapi peperiksaan yang lebih besar, iaitu SPM (Soalan Paling Mudah).. Hahah.. Sijil Pelajaran Malaysia-lah yang bakal menentukan samada aku akan GAGAL atau aku akan mendapat kejayaan di masa akan datang, Insya’Allah..

Walaupun keputusan peperiksaan akhir tahun lepas aku taklah sehebat korang, aku ada satu E, dan yang paling menggerunkan, E adalah pada subjek Sejarah.. Oh, no..! Macam mana aku nak cover balik subjek Sejarah ni.. Hehe.. So, hari ni aku nak kongsikan tips-tips bernas untuk korang, bagaimana nak menghadapi peperiksaan SPM pada tahun depan..

  1. Bersedia dari awal.. Sepatutnya korang perlu bersedia dari sejak masuk Form 4, tapi benda dah lepas kan.. So, korang terpaksa lah berhempas-pulas bermula Januari ini untuk subjek Form 4 dan Form 5 sekaligus..
  2. Tinggalkan benda-benda yang tak perlu.. Dalam situasi yang macam ni, beberapa bulan lagi sebelum menduduki peperiksaan, tak sampai setahun dah.. So, aku sarankan korang tinggalkanlah perkara-perkara yang tak perlu.. Cth : MySpace, Friendster, FaceBook, Games, Blogging, dan lain2 yang kalau korang tak buat, korang takkan mati..
  3. Banyakkan Membaca.. Tips ni amat berguna untuk menjawab karangan nanti, memandangkan keputusan Bahasa aku yang agak rendah pada peperiksaan akhir tahun lepas..
  4. Banyakkan Membuat Latihan.. Latihan penting untuk menguji tahap mana kita dah faham sesuatu pelajaran.. Oleh itu, aku sarankan kat korang, beli buku-buku latihan di kedai-kedai buku berhampiran.. Insya’Allah, ianya bermanfaat..
  5. Kongsi Soalan dengan Sekolah Lain.. Bila dah terbiasa dengan menjawab soalan-soalan SPM, korang akan lebih mudah untuk menjawab soalan-soalan ketika SPM nanti.. Sebab 99.9% soalan yang akan keluar nanti ialah soalan yang pelajar Malaysia memang pernah jawab.. Aku cadangkan ambil soalan dari SBP dan MRSM kerana di sekolah tersebut banyak soalan bocor kot.. Maklumlah, kebanyakan guru sekolah cemerlang adalah penggubal soalan peperiksaan..
  6. Urus masa dengan baik.. Tak baik untuk korang sertai mana-mana aktiviti kokurikulum selepas bulan 5.. Sebab waktu tu korang perlu fokuskan 100% untuk pelajaran korang.. Tinggalkan segala komitmen terhadap sekolah, maknanya pas la jawatan korang kat adik-adik Form 4.. Dan lain-lain, boleh fikir sendiri..
  7. Gunakan Internet dengan sebaiknya.. Daripada korang melayari laman web sosial dan meningkatkan maksiat dan dosa korang kat sana (tengok gambar org buka aurat / buang masa / dll), baik korang layari laman web yang menyediakan tips bermanfaat, kertas soalan, dan lain-lain yang berkaitan..
  8. Korang tambahlah sendiri
  9. Letak tips korang di ruangan komen
  10. Lepas tu aku update dan letak nama korang sekali di sini..

So, demi menghadapi peperiksaan SPM, aku telah siapkan satu blog khas untuk kongsikan tips menjawab soalan, teknik menjawab peperiksaan, bank soalan, soalan-soalan percubaan dan sebenar, ruangan perkongsian ilmu (chatting gaya facebook), artikel motivasi, wawancara dengan tokoh terkenal, insya’Allah kesemuanya dari guru-guru mahir dan pakar.. Kau juga boleh kongsikan apa-apa artikel dan kertas soalan untuk dimuatkan ke dalam blog tu..

Jika anda adalah calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia / SPM pada tahun 2010, jangan lepaskan peluang untuk bersama menyertai kami! Tiada bayaran dikenakan! www.spm2010.com

Credit : SPM2010.com di-sponsor oleh oh!Domain & OneHamdi dan dihostkan di BlogZ.my

Tapi kenapa korang perlu bersedia untuk SPM? Supaya tidak keluarlah lagi keyword seperti di bawah di blog aku.. Hahah..

Related Posts with Thumbnails

Posted on 26 December '09 by pr0fess0r sAbrI, under School.



4 Comments to “Menghadapi Peperiksaan Yang Lebih Besar”

19.08.10 at 15:36
Posted by Kimi Rekonen

teringat zaman2 spm dulu
memang kena banyak membaca
supaya ilmu tu masuk

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

hehe.. baca sekali masuk jap, pastu lupa balik.. :D

[Reply]

31.08.10 at 22:39
Posted by carissa

carissa pulak…bulan depan carissa nak bertempur…
bertempur d medan upsr…..abg2 kakak2 tolong doakan adik carissa yer…….semoga carissa bleh scor 5A dlam upsr…..
amin!

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

ouh, hadzon saidan.. ;)

[Reply]








Rss Feed Tweeter button Facebook button Myspace button Youtube button