Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog Sabri...

Minggu Pertama Persekolahan

Mungkin agak terlambat untuk aku menceritakan kisah minggu pertama persekolahan aku, sebab inilah kali ketiga aku dapat online pada minggu ini, 2 kali online 5 minit je, kali ni dapatlah jugak aku menulis sedikit.. Tak seperti sebelum tahun ni, dimana aku dapat online setiap hari dan setiap jam.. Hehe, almaklum, waktu tu waktu yang aku dah habis periksalah, boleh online selalu.. :D (Ala, kalau tak periksa pun, tiap2 hari jugak aku online, hehe)

Apa-apa pun, minggu pertama persekolahan memang best untuk mereka yang baru melangkah ke alam sekolah menengah.. Tak lupa juga kepada adik-adik yang baru masuk darjah 1, tentunya banyak pengalaman baru yang kau dapat semasa minggu pertama persekolahan kan? Mak tinggalkan kita di sekolah dengan muka-muka baru yang kita tak pernah tengok sebelum ni, lepas tu, apa lagi.. Nangis, bagitahu cikgu nak balik, nak balik.. Hehe.. Tapi aku tak pernah pulak macam tu kot.. Hahah..

Sampai di hostel ahad lalu, tak lain tak bukan, memang aku masih tak pindah sekolah, Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang tetap menjadi sekolah aku untuk menengah atas ni.. Sebelum pergi hostel, macam biasalah kelam kabut aku nak kemas barang, tak tahu nak bawak apa pergi sekolah. Kalau ikutkan hati, nak bawak laptop, tv, ps2, dan lain2 r.. Tapi aku tak pernah main game pulak.. Hehe, jadi, atas azam baru 1431H untuk beroleh kecemerlangan dalam SPM 2010, buku jugak yang menjadi pilihan aku kan? Hehe, cerita pasal laptop, nasib baik aku dapat lepas untuk spotcheck ketika sampai di asrama hari tu.. Hehe..

Sampai-sampai asrama, lepas solat Asar, aku kena pergi ke sekolah, untuk mengambil buku teks SPBT.. Tengok sahaja cikgu2 yang bakal mengajar aku tu membuatkan aku terasa seram sejuk je.. “Eh, aku dah nak SPM.. cepat2lah sikit habis.. Hehe”.. tu yang bermain kat fikiran aku selama ni.. :D Belum lagi tengok buku teks yang tertera perkataan Tingkatan 5 tuh.. So, aku  pergi ke kelas, berjumpalah dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.. Kelas aku pula ramai perempuan, err, tak bestnya.. Isk2.. 13 perempuan, 7 laki².. So, kuota sorang dapat dua kan?

Malam tu kitorang berhempas pulas membersihkan kelas.. Padahal aku tak join pun, ngee~ Aku ada kerja yang perlu diselesaikan membuatkan aku tak dapat join mereka.. Lagipun, kerja sekolah yang bertimbun tak langsung disentuh ketika di rumah.. Arghh.. Memang cuti aku tak sentuh langsung buku weyh? Teruk tak aku? Isk, macam manalah budak ni nak dapat 11A+ kan?  Minggu ni aku akan berhadapan dengan Ujian Diagnostik bagi menentukan semula kelas apa yang bakal aku duduki.. Sekarang aku masih di kelas 510 (Kelas Akaun Pertama).. Aku pun dalam dilemalah nak pindah ke 511 atau tidak, sebab geng-geng sekelas aku semua mengharapkan turun kelas… Hehe..

Esok nak periksa, hari ni pun still tak buka buku lagi.. Sibuk betul nak siapkan kerja sekolah, sampai study pun tak sempat.. Tu la kau ni sabri, kat rumah taknak buat.. Kan dah susah? Siapa yang susah sekarang? Aku jugak.. Hehe.. Apa pun doakan aku untuk mendapat yang terbaik dan sesuai dengan muka aku yang macam ni dalam ujian diagnostik nanti.. Hehe..

psstt : bilalah aku nak habis SPM ni? wakaka.. :P

ppssssttt : gambar kat atas tu adalah masjid yang terletak betul-betul sebelah asrama aku..

nota kaki : tahun 2010 aku bakal menyaksikan banyak dugaan-dugaan baru seperti peraturan sekolah yang lebih ketat dan pelbagai perubahan baru di sekolah, termasuklah diri aku yang bakal menempuh SPM dan menamatkan sesi persekolahan.. Hehe..

Calon2 SPM boleh menjenguk blog SPM 2010 untuk mendapatkan pelbagai tips dan kertas soalan dari KISAS, insya’Allah.. :D

ppssssssttttttt : lagi 1, lupa nak beritahu, antara peraturan baru kat sekolah aku yang pelik, tak dibenarkan memakai kopiah ke kawasan sekolah tak kiralah waktu apa (bagi mengelakkan dari tuduhan tak bermoral oleh KPM yang mengatakan pelajar KISAS pro-PAS.. Hehe, aku sokong kau lah BN, janganlah buat camni..)

Related Posts with Thumbnails

Posted on 6 January '10 by pr0fess0r sAbrI, under Daily Craps.



18 Comments to “Minggu Pertama Persekolahan”

06.01.10 at 20:43
Posted by codename75

“13 perempuan ngan 7 perempuan”??

huhuhuhuh….laki nyer maner???

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

ah, tersilap tulis lak.. hahah..
13 perempuan, 7 laki lar..

[Reply]

09.01.10 at 16:47
Posted by urlvisjustalie

ko pnyer bil p1wimx da byr ke..haha

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

tak terbayar agy.. asl?
kau nak sponsor? hahaha..

[Reply]

10.01.10 at 09:46
Posted by sapwan

0it, add abg kat fb.. safwan146@y.c.. btw,kem slm sume! fl0or ape kbr? tah2 da jhnam kan? haha suruh najmeen n whyu tep0n abg..ad bnd nk pesan..ASAP! minx n0 abg kat amir arief

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

erk, floor kite dah mantap ouh..
dengan budak2 baik cerdik bijak.. hehehe.. :P
xleyh bukak fb r kat ksk.. abg add r, prof.sabri@blogz.my

[Reply]

17.01.10 at 00:26
Posted by atbk

Wahh rindunya kat masjid yang spooky itu..
hehe

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

ahaks, jemput datang lah ke kisas, bagi tazkirah / ceramah / apa-apa sumbangan ke? :D

[Reply]

atbk Reply:

haha i’m not that kind of tamrin2 / badar2 punyer org..
just org biasa2 je mase kat skolah dulu…
segan je nak kasik tazkirah…
kalu bleh lagi nak komplen sistem tarbiah whatever tu ade la haha
eh, tarbiah2 still on ke?
just wonder

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

ouh, sy org biasa gak.. just pembimbing rakan sebaya..
tarbiyah still menjadi tonggak utama kejayaan BADAR KISAS.. ;)
tapi rasanya kejayaan tu tak ke mana pun, ramai je keluar KISAS jadi teruk kot?

[Reply]

atbk Reply:

ooo ko kelas akaun?? cikgu bakhiah ade lagi??
kirim salam kat die ek!!!
mase die ngaja aku, die bujang lagi,
sekarang berape tah anak dia..
ustazah bahasa Arab aku Ustazah Nuraina, ustazah paing garang di dunia, quote die yang paling popular
“Jangan anak tirikan Bahasa Arab!!”
Tapi kelas aku berjaya bagi hadiah paling istimewa untuknya, iaitu semua student kelas aku straight As utk both BA Tinggi dan BA Komunikasi ! Ustzh hepii sgt2 masa result show eh, result SPM announced hihi

zaman aku kelas agama 509-512, tapi xde ranking2 la..
just masuk je dari f4 sampai f5…
sekarang zaman sume org kene jadi saintis la aku pun xpaham haha baik la tukar nama KISSAS (kolej islam sains sultan alam shah)

aku mmg tak berkenan la sgt pertarbiahan nyer sistem whatever tu, sbb aku rasa byk lagi kita terlepas dgn melakukan bende2 xpekdah sgt kat asrama tu, but other than that, 2 years in kisas is among my bestest days in my life!! miss all the friends and teachers!!
:)

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

erm, cikgu bakhiah baru je pindah akhir tahun lepas.. hehe..
ouh, ustazah aina ajar form 6 sekarang..
ahaks, sekarang kelas agama 510-512.. habis hilang kemajoritian kelas agama yang wujud sejak penubuhan kisas kot..

[Reply]

17.01.10 at 14:34
Posted by muhammad fakhruddin

bab x dibenarkan pakai kopiah ke kawasan sekolah pernah kena masa F5 dulu…x lupa juga masa NKI

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

ouh, ingatkan kat KISAS je.. hehe

[Reply]

23.01.10 at 01:51
Posted by atbk

Hmmmm kitorang zaman anuar kene pecat mase tu form 4, teringat lagi ustaz penolong kanan bagi tazkirah tergempar ala2 untuk menenangkan masyarakat Aspura, padahal bukannya paham sgt pasal politik masa tu.

haha sebelum Anuar kene pecat, kalau nak tahu jugak zaman tu lah Ketua Umum kene pecat. Tanyalah Ustaz-ustazah senior mesti diorang tak lupa insiden tu terutamanya yang jadi warden. Siap berdemonstrasi tau depan pejabat istana lama tu. Bersolat Isya’ berjemaah atas jalan tuh! Adooiii, sakit kaki tau! Kelakar mengenangkannya!
Dah naik form 5 baru la insaf kenapalah kita zaman form 4 ikuuuttt je cakap senior, ujung pangkal tak tahu pun… pengajaran betul! Terasa diperkuda-kudakan!

Kalau ko masuk UIA pulak lepas ni, hmm siaplah kau kene cop universiti pro-pembangkang untuk 5-6 tahun lagi.. sediihhh, buat ape pun tak kena. So unfair! Inilah realiti kehidupan .. layan je la…

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

hurm, tu la pasal..
tpi kisas sekarang tak citer politik langsung dah..
aktiviti semua dah dikawal oleh warden2 dan pk hem baru..
dan baru sje dapat anugerah sekolah berprestasi tnggi.. alhamdulillah..

[Reply]

05.06.10 at 13:44
Posted by ana farah

emm..nak tnye kisas nie dri form 1 hgga form 6 ke??
ana dah lame minat kisas..erk .cam ne nak masuk yerk..
mak ana nak sgt ana masuk sane…dulu pown mak ana sek citu gak time tu namenye kolej islam klang..he5..

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

kisas untuk form 4- form 6..
nak masuk kene 9a pmr, isi borang SBP.. tuh jep..

[Reply]








Rss Feed Tweeter button Facebook button Myspace button Youtube button