
Jam menunjukkan pukul 8.00 malam, aku baru sahaja dapat menaiki tren ke Rawang, kerana tren yang aku naiki tadi hanya berhenti di stesen Sungai Buloh.. Maknanya aku terpaksa transit tren lain untuk ke Rawang.. 4 jam tanpa duduk membuat diri aku terasa sangat letih.. Solat Maghrib masih belum aku tunaikan.. Gara-gara rasa rindu yang membara, aku melewatkan perkara fardhu itu agar dapat sampai cepat ke destinasi yang dituju.. 15 minit kemudian, sampailah aku ke Rawang, terkilan, melihat sebuah bandar yang cepat sangat berubah.. Tanpa melengahkan masa, surau KTM tempat pertama aku tujui, tak lain tak bukan untuk menunaikan Solat Maghrib.. Jam telah menunjukkan 8.20.. Sampai di surau, ramai lagi tak solat Maghrib rupanya.. Aku mengimami mereka dengan bacaan ??? (hadr -bacaan laju) dengan harapan aku sempat solat Isyak berjemaah di masjid sebentar lagi.. (more…)

Berlalu lah sudah Ramadan 1 dan Ramadan 2, dan hari ini Ramadan 3.. Malam Ramadan ke-4.. Hehe.. So, hari ini hari jumaat, dan merupakan hari yang agak melucukan bagi aku.. Kalau boleh buat cerita ni dalam karangan, kompem dapat markah ‘E+’.. Haha, sebab aku memang tak pandai buat karangan.. Eh, dah2, apa lah aku mengarut malam2 ni.. Hari jumaat bulan Ogos diisi dengan jadual-jadual secara blok (kitorang panggil jadual anjal), duduk belajar dalam kelas campur-campur.. Lebih kurang macam tu lah.. Dan kelas memang tamat pada pukul 12.30, tapi atas dasar nak siapkan kerja akaun yang cikgu bagi, aku baliklah 12.50, siap pun, akaun tak seimbang.. Adess, memang tension bila buat panjang-panjang, tetiba akaun tak seimbang kan?? Haisy.. Ala bizikrillahi tatmainnal qulub (tidakkah mengingati Allah itu menenangkan jiwa?) (more…)
Posted on 13 August '10 by pr0fess0r sAbrI, under Daily Craps. 10 Comments.

Hari ni, 7 Ogos 2010, berkumpullah semua ahli keluarga aku, tak kiralah yang dari Ireland, yang bekerja, yang masih belajar di universiti, yang masih bersekolah.. Alhamdulillah, bukan senang nak dapat waktu bersama macam ni.. Allah Maha Agung dan Maha Hebat dalam menyatukan hamba-hambanya.. Dan gathering BBQ ini adalah sebab utama kenapa aku balik dari hostel dan sahabat yang lain tak balik (kecuali yang mengada-ngada.. hehe).. Entri ni aku buat khas bagi mengingati gathering yang sungguh bermakna ini.. Supaya lain kali aku boleh tengok balik.. Lepas ni tak kompem lagi semua orang boleh berkumpul balik kan? (more…)
Posted on 7 August '10 by pr0fess0r sAbrI, under Daily Craps. No Comments.

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana hari ini aku masih dikurniakan kesempatan untuk menulis blog.. Bukan selalu dapat tulis blog.. Ni pun kalau tak, sebulan lagi baru aku boleh tulis blog, nasib baik PK HEM KISAS bagi aku balik minggu ni.. Hehe.. So, semalam Multimedia Unit (MMU), aku lah ahlinya.. Kitorang telah mengadakan lawatan ke PC Fair (walaupun bukan banyak PC kat situ, aku lebih suka dengan nama Gadget Fair.. hehe).. So, inilah satu-satunya aktiviti tahunan selain mengedit video, buat backdrop, banner dan lain-lain.. Ahaks.. Aku tak bawak kamera semalam, cuma aku nak tunjuk lah sikit apa yang aku beli kat PC Fair ni.. Hehe..
(more…)

Bosan gila hari ni.. Dari semalam aku merancang nak keluar, tapi tak keluar-keluar sampai tadi.. Mulanya, ingat nak pergi Alamanda, Putrajaya.. Teringin nak mencecahkan kaki ke sana, tapi jauh sangat lah.. Malas nak bawak motor jauh-jauh ni.. Jadi, ambil keputusan untuk pergi tempat yang dekat-dekat je.. Dan the final decision KLCC lah tempat yang aku pilih.. Ajak Wassim, dia nak, tapi dia ada kenduri lah pulak.. Akhir sekali, Alif Omar jugak yang ikut aku jalan kat KLCC hari ini.. Thanx my friend for spending time with me.. Haha.. (Macam power je English aku, periksa tak pernah dapat A pulak..) So, apa yang aku buat sepanjang harini dirakamkan melalui gambar-gambar di bawah : (more…)
