Pemakaian Tudung : Paksaan, Populariti atau Akuran
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Entri berkaitan dengan pemakaian tudung rasanya telah dua kali berada di blog lama sabri.. Tapi rasanya yang sebelum ni berkaitan dengan etika pemakaian tudung.. Boleh lihat semula entri berikut ; Isu Pakai Tudung dan Minah Tudung.. Bila baca balik komen2 dari kawan-kawan, ada yang cakap :
Ala, kalau pakai tudung buat maksiat lagi teruk dari org yang tak pakai tudung.. aduyai..

Satu persoalanlah yang boleh sabri petik dari kenyataan di atas.. Sejauh mana kerelaan seseorang dalam memakai tudung…? Yela, ada orang pakai tudung kerana paksaan oleh segelintir pihak, ade pulak pakai tudung nak populariti.. Mana pulak lagi satu golongan yang memakai tudung kerana akur terhadap perintah Allah? Ok la, sabri citer satu2 point..
- Pakai Tudung kerana Paksaan
Kebiasaannya golongan ini akan memakai tudung, tapi pakai t-shirt, ada pulak yang lengan pendek.. Golongan ini memakai tudung kerana dipaksa oleh ibu bapa, dan mungkin malu dengan rakan-rakan, lebih-lebih lagi kalau dia bersekolah agama.. (kalau yang pakai tudung dekat sekolah je, tu tak payah cakap la, bodoh tahap cipan kot.. huhu).. - Pakai Tudung kerana Populariti
Bercerita tentang populariti, biasanya kita fokus dekat artis lah.. Kalau kita tengok dekat malaysia, tak ramai artis wanita yang memakai tudung.. Waheeda, Heliza dan sesape lagi lah (aku tak kenal dunia artis ni).. Dan mereka yang pakai tudung ni memang popular di sebalik pemakaian tudung.. Katanya, artis wanita alim bertudung.. Bangga pulak masuk tajuk camtu dalam surat khabar kan.. Astaghfirullahal adzim.. - Pakai Tudung kerana Akuran Perintah Allah
Korang sendiri pun faham kot.. Golongan macam ni biasanya memakai tudung labuh menutup dada, dan biasanya menjaga akhlaknya, insya’Allah..
Kau rasa kenapa tetiba hari ni sabri nak bercerita tentang tajuk ini? Ikutkan hati, sabri bukanlah seorang wanita untuk dipakaikan tudung.. Tapi sabri agak terkejut lah di kala bermesej dengan seorang artis wanita tanahair yang memakai tudung (taktaw lah orang samaran atau memang artis tu)..
Sabri : Salam alayk, ni h****a btol kew?
Si artis : Salam (siapa yang ajar jawab salam seringkas ni), ye saye..
Sabri : erm, ahaks.. suke btol tgk citer *****a c****
Si artis : ye ker? hehe.. time kacih..
Sabri : erm, tapi kan.. ade sedikit rse peleyk r.. knapa suke pakai tudung camtuh ek? dulu sy blaja, cara pakai tudung, ……..(Lepas tu terus dia tak balas mesej tu.. Musykil.. Adakah seorang penyampai dakwah tak tahu cara pemakaian tudung sebenar dan tiada hujah utk itu lantas terus meninggalkan persoalan org lain terhadapnya.. Pengajarannya, lu pk la sendiri..)
Jadi, anda berada di golongan yang mana 1? Kalau pakai tudung mengikut syariat, alhamdulillah.. Kalau pakai tudung kerana populariti, na’uzubillah.. Kalau pakai tudung (kain putih seluruh badan a.k.a kapan), innalillah..
psstt : pelik dengan nama2 tudung baru seperti tudung mawi, padahal tudung tu dah lama memang ada dulu.. adess.. mawi pun pakai tudung ke?

8 Comments to “Pemakaian Tudung : Paksaan, Populariti atau Akuran”