Bercerita tentang artis, semua orang tahu pasal dunia artis.. Aku pun kenal dunia artis sejak kecil lagi, maklumlah terdedah kepada televisyen, terutamanya Astro sejak kecil lagi kan.. Dulu Akademi Fantasia menjadi rancangan tontonan wajibku tiap-tiap minggu.. Sabtu malam je, tak lain tak bukan, tempatku hanya di hadapan televisyenlah.. Ahaks, terkedu memikirkan zaman jahiliah dulu..
Hurm, dulu waktu pertama kali aku tengok Akademi Fantasia 1, darjah berapa tah, aku lupa.. Waktu tu AF mendapat sambutan yang sangat hangat.. Kat sekolah rendah pun sibuk bercerita tentang AF.. Memang rosak minda kanak-kanak sekarang, dari kecil dah didedahkan dengan benda-benda tak elok.. Sampaikan aku pernah seketika dahulu bercita-cita untuk menyertai Akademi Fantasia yang ke-10 mungkin? Hehe.. Lalu aku pun ciptakanlah satu akaun emel sabri_af10@yahoo.com, tak tahulah hidup lagi ke tak akaun tu.. Dah mati kot..
Bukan setakat emel, aku siap ada buat blog lagi pasal AF.. haha, majukan aku? Kecik lagi dah ada blog, masa tu aku buat blog kat blogdrive.. Kak Husna yang ajar aku kalau tak silap.. Jasamu dikenang.. Hehe.. Kau bayangkan, waktu tu aku buat blog AF, seminggu lebih 10000 hits.. Wah, terer gak aku kan.. Hehe.. Nak cerita tentang zaman jahiliah, panjang lagi ceritanya.. Tapi kenapa yang membuatkan aku benci sangat dunia artis sekarang ni? Hurm… Salahkah jadi artis? Heh, biar aku sendiri bagi jawapannya..
SALAH JIKA ARTIS TERSEBUT…..
- Perempuan.. Heh, yang ni tak perlu diungkapkan lagi.. Tak kiralah nyanyi lagu biasa ke lagu nasyid, sama jer semua.. Perempuan memang tak boleh terlibat dengan dunia artis.. Kenapa? Sebab suara merdu perempuan tu perlu dijaga, disimpan daripada lelaki-lelaki rakus kat luar tuh.. Sesuai dengan hadis nabi, yang menyuruh perempuan tidak melembuatkan suara, dengan erti kata lain, bajet ‘ayu’.. Ngeh3..
- Melalaikan.. Lagu apa yang tak melalaikan.. Sebab dengar lagu pun korang pasti nak terikut-ikut dengan lagu tu.. Bukan salah untuk buat perkara yang melalaikan, tapi kalau dah terlewat solat seminit sebab korang dengar lagu.. Tak ke berdosa penyanyi lagu tu buat korang lewat solat..
tak kisahlah kalau korang nak kata blogger pun melalaikan, sebab berblog boleh stop kalau masuk waktu azan..
- Syirik.. Ni yang paling bahaya ouh.. Lagu-lagu yang ada unsur syirik ni memang merosakkan akidah.. Contohnya, satu lagu yang aku ingat lagi sampai sekarang, “Tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cintaku……” Na’uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan orang-orang syirik.. Ingatlah, kalimah yang teragung ialah La Ilaha Illallah..
- Dedah Aurat.. Bayangkan kalau kau dedah aurat, satu Malaysia tengok.. Berapa banyak saham yang korang dapat? Tu kalau sekali buat konsert, kalau banyak kali? Tak masuk lagi video2 korang yang disebarkan.. Pergh, memang saham yang tak boleh dicover balik.. Kebanyakannya perempuan lah.. Lelaki ada juga, tapi tak banyak.. Fikir balik, kalau korang bertaubat sekalipun, macammana dengan video2 yang tersebar tuh? Boleh ke korang delete dari semua blog yang ada kat Malaysia ni? Heh..
- Tinggal Solat.. Solat adalah perkara yang paling penting dalam dunia.. Sebab perkara pertama yang akan dihitung di akhirat kelak adalah solatmu.. Mawi sendiri mengaku pernah tinggal solat sebab ada konsert.. Tu baru artis yang ada menunjukkan imej Islam, macam mana pula dengan artis-artis lain? Ke memang tak solat langsung..
Aku bukan nak membuat fitnah ya.. hehe..
Dan banyak lagi sebenarnya yang malas aku kupaskan.. Korang boleh fikir sendiri kan? Bagus ke tak menjadi seorang artis ni? Apa risikonya? Memang korang akan jadi hot.. Tapi HOT = PANAS = Nerakalah jawapannya..

Salam.
huhu.kontra giler dengan entri terbaru anem:)
anem masih nakal2 lagik, even anem bukan artis :p
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 30th, 2009 at 3:01 pm
waalaikumussalam, hahah.. tu la pasal..
[Reply]
tak nak jadi artis..t banyak gosip…t ramai fans
hehehhee
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 30th, 2009 at 5:03 pm
heh, banyak fans yang payah uh..
susah nak layan.. ngee~
[Reply]
hot siot
hahah
neraka lah!
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 31st, 2009 at 3:54 pm
hahahaha..
[Reply]
Dunia artis???hehe…slalu amik perkembangan n gosip ohartis,ohbulan n beautifulnara…
Malas nak cakap la…pasal sumer ko dah ckp kan…
Selingan:aku amik perkembangan jer…support,undi tak pernah pun…hehe…
Lagi syok layan Man U…hehe…Man U menang 5-0…syok giler la!!!
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 31st, 2009 at 3:57 pm
aku pun taw pasal benda ni sebab adik aku britau..
hurm, nampaknya dia ‘maju’ kedepan sebab tahu dulu??
hahak, da lame x tgk MU main.. hehehe
[Reply]
Mr Fathi Reply:
December 31st, 2009 at 5:49 pm
hehe….bukannya apa…bola sepak tu lebih drpd bola sepak…
Sekarang ni plak member slalu ajak futsal…tapi member2 ramai dah gi poli…so berehat dulu la…
Pasal artis ni,ada juga yg datang dari Tg Karang iaitu Adifashla AF1….kenal kan???kata peminat giler2 AF…
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 31st, 2009 at 6:53 pm
hahaha.. aku kenal.. dulu die penah nyanyi lagu KRU kalau tak silap.. heh, tak berapa igt la.. tapi aku kenal nama tu
[Reply]
Mr Fathi Reply:
December 31st, 2009 at 8:46 pm
mana penyanyi KRU…dia skrg DJ Era la…hehe….
[Reply]
pr0fess0r sAbrI Reply:
December 31st, 2009 at 8:53 pm
hahaha….. tak.. dulu tak silap aku dia pernah nyanyi lagu KRU r.. hehe, skarang mmg aku tak tahu pe die buat
[Reply]