Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog Sabri...

Sambut Tahun Baru Dengan Gerhana Bulan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. 2009 bakal melabuhkan tirainya, dan 2010 akan menjelma beberapa jam sahaja lagi.. Dan ini bukan satu impian lagi, tapi satu kenyataan bahawa ini adalah entri terakhir buat tahun 2009.. Hehe.. Percaya atau tidak? Percayalah sebab aku berazam untuk tidak meletakkan entri baru sehinggalah menjelma tahun 2010.. Erk, tengah tulis-tulis ni, tiba-tiba terbuka TV3 pulak dah, Dato’ Najib kesayanganku sedang menyampaikan ucapan tahun baru lah.. Kacak pula Dato’ Seri aku tengok malam ni.. Hehe

So, bersyukurlah kehadrat Allah sebab kita masih lagi dikurniakan umur dan nyawa untuk terus kita beribadah.. Allah juga masih memberi masa untuk kita bertaubat seadanya.. Takkan nak tunggu saat hampir mati baru nak bertaubat? Haritu aku ada mesej2 dengan seseorang, dia cakap nanti dah kahwin dia tutuplah aurat.. Heh, sempat ke kau nak kahwin.. Kalau betullah kata seorang bishop ni, alamatnya aku pun tak sempat nak kahwin la.. Isk, ni yang nak kahwin awal ni.. :P

Hurm, rasanya semua orang akan bergembira dengan tahun baru yang bakal menjelma ni,  disambut dengan konsert-konsert di kaca televisyen, filem / drama menarik, macam-macam lagi lah.. Tapi kita tak sedar semakin hari kita ni semakin tua.. Dan tahun baru yang menjelma ni sebenarnya mendekatkan diri dengan mati.. Kata-kata Imam Ghazali, “yang paling dekat dengan kita ialah mati..”

Apa-apa pun, tahun baru kita disambut dengan gerhana bulan yang dapat kita lihat pada tengah malam ni.. Allah memperlihatkan gerhana bulan ada hikmahnya kot.. Mungkin supaya kita tak terlena dengan hiburan-hiburan yang disantaikan kepada kita melalui media massa aliran Yahudi tu.. Allah suruh kita lihat keindahan alam supaya kita berfikir..

Apa-apa pun, buat korang yang tak tahu lagi gerhana bulan pada malam ini, boleh baca berita di bawah ini.. ;)

PUTRAJAYA – Hanya sejam selepas orang ramai menyambut ketibaan tahun baru tengah malam esok, satu gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi.

Ia bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya semalam menjelaskan, gerhana yang jelas dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi.

Serentak dengan itu, Jakim menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan bersempena dengan kejadian itu.

Jakim juga menjemput orang ramai menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

“Program anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim.

Kosmo

Jangan lupa untuk tunaikan solat gerhana bulan ya.. Semoga dengan gerhana bulan ini, keimanan dan ketakwaan kita akan bertambah.. :D

Related Posts with Thumbnails

Posted on 31 December '09 by pr0fess0r sAbrI, under Daily Craps.



6 Comments to “Sambut Tahun Baru Dengan Gerhana Bulan”

31.12.09 at 22:58
Posted by cik peanut

selamat tahun baru sabri..semoga tahun ini memberi makna yang lebih baik daripada tahun2 sebelumnya…
:D

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

insya’Allah.. tahun ni akan menghadapi SPM, doakan untuk kejayaan.. ;)

[Reply]

31.12.09 at 23:37
Posted by x-po

aku rs rmai anak2 muda melayu duk teguk arak kt pesta new year berbanding duk kt masjid smyg hajat

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

hehe, tu la.. kotornya remaja zaman skrg..

[Reply]

01.01.10 at 00:55
Posted by hadhad

najib ensem……

:P

jom kawin jom!!

:)

[Reply]

pr0fess0r sAbrI Reply:

erk, btol apa najib hensem.. hehehe..
lepas spm aku kahwin la.. hahahaha :P

[Reply]








Rss Feed Tweeter button Facebook button Myspace button Youtube button