Semakan Status Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 8/2011 (Siri ke-8 Tahun 2011)

Tengah layan-layan internet tadi, tetiba rasa bosan pulak.. dan azam yang aku tanam sejak akhir cuti pertengahan tahun haritu tak terlaksana lah pulak.. Hehe, akhirnya, tangan aku menggatal terus bukak Facebook tanpa disedari.. Ahaks, tambah pulak Kaspersky 2011 yang baru ni tak block laman web macam yang aku buat di Kaspersky 2010 dulu.. Hahah.. Dah memang rezeki aku untuk bukak Facebook hari ni.. So, sambung balik cerita.. Aku pun bacalah Wall Post kawan2 seperti amalan kebiasaan aku sebelum-sebelum ni, tetiba ada orang tulis ‘ARGGH, DAPAT PLKN..’.. Eh, dah keluar result untuk PLKN? Wah, berdebar-debar ni.. So, buat sesiapa yang nak tahu status PLKN-nya, bolehlah buat demikian di laman web http://www.khidmatnegara.gov.my/ (buat makluman bahawa server PLKN maybe busy sebab ramai yang cek status masing-masing hari ni, so diharap dapat bersabar.. korang juga ada lagi 1 pilihan lain, iaitu melalui SMS :
menaip PLKN SEMAK Nombor Kad Pengenalan dan dihantar ke 15888
……………………………………………………………………………………….
Dalam pemilihan secara berkomputer bagi pelatih PLKN Siri Ke-8 untuk tahun 2011, seramai 140,000 remaja daripada 514,553 yang lahir pada tahun 1993 terpilih untuk menyertai program pada tahun 2011.
Mereka terdiri daripada 77,000 peserta lelaki dan 63,000 peserta perempuan.
Pecahan peserta ialah 60 peratus Bumiputera iaitu sebanyak 84,000 peserta, Cina (28 peratus iaitu 39,000 peserta), India (10 peratus iaitu 14,000 peserta) dan dua peratus(2,800 peserta) bagi kaum-kaum lain.
Penempatan kem pelatih untuk Kumpulan Satu Siri 8/2011 akan diumumkan pada bulan November 2010 dan untuk Kumpulan Dua dan Kumpulan Tiga, akan diumumkan pada tahun 2011.
*Yeah.. Aku tak kena PLKN.. hahaa.. ‘No KP anda tidak terdapat dalam senarai yang terpilih.’ hehe..

45 Comments to “Semakan Status Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 8/2011 (Siri ke-8 Tahun 2011)”