Kesian Dengan Blogger Politik
Memang tak dinafikan, sememangnya politik memang perlu dikuasai oleh setiap insan.. Kerana politik itu adalah pengurusan.. So, setiap orang perlu bijak dalam berpolitik supaya dapat hidup dengan lebih tenang, aman, damai dan selesa.. Entri kali ini, aku tiada niat untuk mengutuk mana-mana pihak sebab sememangnya mengutuk itu memang dilaknat.. Cuma nak sampaikan pengajaran kepada diri sendiri dan kita semua, insya’Allah..

Dunia blogger pun sekarang dah makin maju dengan bertambahnya blog peribadi, blog komersial, blog politik, dan lain-lain lah.. Maknanya komuniti blogger di Malaysia sudah semakin bertambah bukan.. Alhamdulillah, tapi aku agak kesal dengan segelintir blogger yang suka mengeluarkan artikel tanpa fakta dan bukti-bukti yang membolehkan dia mengaku, “Aku adalah benar dalam menyampaikan berita”.. (more…)
