Minggu Pertama Persekolahan
Mungkin agak terlambat untuk aku menceritakan kisah minggu pertama persekolahan aku, sebab inilah kali ketiga aku dapat online pada minggu ini, 2 kali online 5 minit je, kali ni dapatlah jugak aku menulis sedikit.. Tak seperti sebelum tahun ni, dimana aku dapat online setiap hari dan setiap jam.. Hehe, almaklum, waktu tu waktu yang aku dah habis periksalah, boleh online selalu..
(Ala, kalau tak periksa pun, tiap2 hari jugak aku online, hehe)

Apa-apa pun, minggu pertama persekolahan memang best untuk mereka yang baru melangkah ke alam sekolah menengah.. Tak lupa juga kepada adik-adik yang baru masuk darjah 1, tentunya banyak pengalaman baru yang kau dapat semasa minggu pertama persekolahan kan? Mak tinggalkan kita di sekolah dengan muka-muka baru yang kita tak pernah tengok sebelum ni, lepas tu, apa lagi.. Nangis, bagitahu cikgu nak balik, nak balik.. Hehe.. Tapi aku tak pernah pulak macam tu kot.. Hahah.. (more…)
